Jun 24, 2014

Home » Kecantikan jangka panjang

Kecantikan jangka panjang



Sebagai wanita, kecantikan memang sangat dititik beratkan.Wanita yang jelita memang sentiasa mendapat kelebihan dan layanan yang berbeza. Bukan setakat wanita, golongan lelaki sekarang pun sudah memiliki kesedaran tentang kepentingan dan kelebihan penampilan yang bersih dan sedap mata memandang.

Kerjaya yang membuatkan seseorang berjumpa dengan ramai individu lain mewajibkannya untuk lebih menjaga penampilan. Contohnya celebriti, pramugara, pramugari, penyambut tetamu, pekerja kaunter servis, guru, jururawat, jurujual dan banyak lagi.

Tak hairanlah, produk kosmetik sentiasa mendapat permintaan di pasaran. Antaranya cream anti-aging, cream yang mengandungi vitamin c dan E, cream dengan kolagen dan macam-macam lagi campuran yang menjanjikan kecantikan segera.

Terus terang saya katakan, saya pernah menjadi golongan yang meghabiskan ratusan ringgit setiap bulan. Tapi setelah mengamalkan suplemen yang baik, it's really eye opening for me. Sebenarnya kita tak perlu pun produk kosmetik yang mahal macam tu. Sebab apa?

-efek produk cuma ke atas kawasan yang ditarget.contohnya eye cream untuk bahagian mata sahaja.kalau krim pencerah, permukaan kulit yang kena apply krim jer cerah.For me, kalau muka jer cerah tapi leher dan tangan masih gelap tak syok la kan..Nak cerah biar satu badan cerah barulah puas hati

-efek produk yang tidak berpanjangan.Bila berhenti guna maka cepat jer masalah kulit kembali.

-ambil masa nak pakai produk kosmetik ini untuk menutup cela. Setengah jam pun tak siap lagi kalau nak apply foundation, merias wajah dan mata. Betul tak?Kalau yang duduk dalam bilik penghawa dingin tak apa, kalau yang duduk kawasan panas terik...hah sia-sia la kak oii mekap cair..lagi teruk kulit kita..sebab bahan kimia dari produk kosmetik masuk dalam kulit kita. Lagi menjadi-jadi jerawat kat muka..

Bila saya mula amalkan suplemen dan cara pemakanan yang sihat, saya memang puas hati sangat. Kulit makin cerah sekata diseluruh tubuh, parut-parut lama pun dah hilang.Kalau dulu nak jalan pegi mana-mana dengan husband mesti ada beg ekstra untuk mekap. Sekarang, memang sempoi giler. Nak pegi kerja, lepas mandi pakai minyak wangi sikit siap. Bestkan,wajah berseri tak pakai apa pun. Kesan suplemen pula berpanjangan. Yelah kadang-kadang lupa juga nak telan suplemen kan..tapi kesan amalan suplemen yang terdahulu memang buat kita nampak awet muda.

Jom amal suplemen. Sambil menjaga kesihatan diri, diri pun ikut jadi awet muda gitu. Love it!!Worth it!!

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B