April 23, 2017

April 19, 2017

Susu Kambing Lazz untuk siapa?

Bayi dan kanak-kanak

Susu kambing Lazz (SKL) diformulasikan agar sesuai untuk bayi berumur 6 bulan dan ke atas. Untuk bayi yang masih di bawah umur, maka si ibu lah yang harus mengamalkan SKL kerana melalui penyusuan, bayi kecil masih dapat menikmati kebaikan susu kambing. Terutamanya apabila bayi itu mengalami masalah alergi, kuning, batuk dan masalah lain.

Bayi dan kanak-kanak yang mengamalkan SKL juga akan mendapat sumber kalsium yang lebih tinggi dan kulit yang cantik.

Bagi kanak-kanak Austistic susu kambing adalah pilihan terbaik berbanding soya dan susu lembu. Kandungan casein 89% lebih rendah daripada susu lembu dan tidak menyebabkan alergi pada anak serta masalah kembung perut.

Pelajar / Remaja

•Meningkatkan sistem imunisasi.
•Penghadaman lebih lawas & lancar.
•Tulang anak lebih kuat.Gigi cepat tumbuh. (Kalsium pada susu kambing lebih tinggi dari susu lembu)
•Less allergenic.
•Bantu hilangkan kahak dan lelah.
•Tingkatkan IQ anak dan anak cepat belajar sesuatu.

Ibu Hamil

•Elak sembelit akibat pengambilan ubat klinik(lawas), menaikkan HB dan cegah anemia.
•Beri tenaga, hilangkan loya dan pedih ulu hati.
•Nutrien sempurna untuk bayi dalam perut.
•Bayi lahir kulit sihat dan tak sensitif.
•Tulang tegap , postur tak lembik, IQ anak tinggi.
•Dan khasiat yg PALING popular ialah utk mmbantu mengurangkan risiko bayi terkena kuning berpanjangan. Biasanya memang tak kena kuning langsung.

Ibu Menyusu

•Bayi yang menyusu turut dapat khasiatnya.
• Kulit bayi tak sensitif dan susah nampak parut. •Tulang bayi lebih kuat.
•Menjadi milkbooster dan penawar jika ada masalah susu berkurang.
•Mengurangkan keguguran rambut.
•Memekatkan susu badan.
•Badan kekal bertenaga walaupun bayi kerap menyusu.

Kehamilan

Kombinasi susu kambing dan kurma sangat bagus utk kesuburan ikhtiar cara masyarakat arab..dan terkenal dgn kemujarabannya.

Boleh diambil bersama suplemen lain dengan menjarakkan selang beberapa jam.

Diperkaya dgn Kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang sihat dan elak keguguran.

Dewasa / Warga Emas

Susu Kambing bersifat alkali. Sifat ini berlawan dengan makanan dan toksin yang menjadi penyebab penyakit-penyakit kronik.

Badan berasa lebih bertenaga dan terasa ringan.
Melegakan sakit gastrik dan membantu merawat asma dan lelah.

Membuang angin dan toksin dari badan.

1 hidangan hanya 80 kalori. Boleh membantu mengawal kenaikan berat dan nafsu makan.

Dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes.



Berminat untuk cuba?
0133403848

April 16, 2017

Testimoni buah pinggang dengan vivix


BUAH PINGGANG
BUAH PINGGANG
BUAH PINGGANG

Syukur dengan Vivix, tak perlu dialisis lagi.
》Kos dialisis sebulan ~RM2000
》kos vivix sebulan =RM475 (jika ahli lebih murah)

More info:
👉www.wasap.my/60133403848
📮servis pos✔
🚗 COD ✔
☞baraitborneo.blogspot.com

#pengedarshakleesabah #shakleetuaran #shakleetenghilan #shakleenongkolud
#shakleetamparuli #shakleemurah #shakleemaryjaungin #tamparuli #suplemenorganik #vitaminmurahsabah

April 15, 2017

3months hair challenge dengan Shaklee: Week 8



Entah week yang dah berapa dah..skip 3 minggu gara2 busy di sekolah. So skg dah kira2 Week 8 dari last update.Sedar tak sedar..rambut dah lebat balik. WELCOME BACK hair. GOODBYE THINNING HAIR.

Selain daripada baja rambut, ada juga suplemen penggalak rambut seperti ESP (serbuk soya organik yang diperkaya dengan nutrisi) dan juga set shampoo Prosante (customize untuk setiap jenis rambut).

However ,testimoni rambut saya ni adalah berdasarkan penggunaan baja rambut organik shaklee dan tips masker rambut istimewa SEMATA-MATA. Kalau tambah ESP lagi meriah tumbuh ni.

Orait darlings semua..Nanti sy update lagi. Bagi yang tak ikut perkembangan rambut menipis saya dari week one..singgahla ke

FB Page: Baraitborneo Kedai Vitamin Tuaran
FB: Mell Richard J.Molondoi

#3monthshairchallenge
#maryjaunginshaklee

April 11, 2017

Jenis makanan penggalak kahak

Nah, inilah contoh- contoh makanan yang harus ibu bapa elakkan sebab akan menggalakkan kahak tu jadi lebih meriah.



Gambar sebelah merupakan contoh bagi makanan yang membantu mengurangkan kahak. So, parents choose smartly.

Jika anda mencari suplemen yang baik untuk mencairkan kahak, Omega Guard Shaklee adalah pilihan yang terbaik.







Kahak bayi

Jenis makanan penggalak kahak

Jun 20, 2016

TERUSKAN MENABUNG WALAUPUN POKAI

Life is tough. Spent some time boost positive morale and encouragement from reading post from real stay at home mom and real dad who makes small money (raising big family). Oh yeah, I know I am not the only one. I came across this post from northern cheapskate (big fan of her). I love the idea, of keep reminding yourself, penting sangat terus menabung, even though the amount might be RM10 OR LESS, even syiling2 pun takpe.

My biggest weaknesses is, I TEND TO LOOK DOWN on those small amount of money. Ala.. setakat RM15,  setakat RM1.50, tak payah la simpan. Bukan boleh jadi kaya. Tapi kan, kalau nilai lebihan tu besar lah, lagi banyak godaan nak beli. It is so true for me.

Keep saving even when things are tough.Teruskan saving. Baik buat 1 akaun, tempat saving kan, walaupun sikit setiap bulan. at least subur la juga tabiat menabung tu. Can you handle the look from the bank officer, kalau saya simpan bulan tu RM4.50. hahahhaha

Dave Ramsey Tweet
A recent remark from Dave Ramsey on Twitter

Even if I only save $20 this month, it is still $20 I will have in the bank for a rainy day.  The amount that I save isn’t as important as the action of saving.  Stop saving, and it is way too easy to start accumulating debt.

But we have to keep going.  Why? Because you can’t afford not to!  As Dave Ramsey said early this week – you have to prepare for a rainy day because IT IS GOING TO RAIN!

Stuff happens.  Unexpected stuff like garage foundation problems.  But stuff you expect happens, too, like needing to put new brakes on the car.   Having a little bit of money in savings makes a huge difference.  It’s the difference between freedom and the shackles of debt.

Every little bit that you can save helps ensure a life with less worry and more joy.

Saving money is a habit – a very good habit, and it’s important to keep at it, no matter what.

Jom, saving lagi!!!

Mei 19, 2016

TODDLER ACTIVITY 1: Creative box!

Aktiviti yang paling sesuai untuk anak yang suka menconteng.
Ever experience, anak conteng dinding, anak conteng muka dan tangan kita?
Jom main dengan kotak besar!  Bagi anak duduk dengan drawing utensil dia dalam kotak besar. 


Mac 08, 2016

SEMAK KENAIKAN PANGKAT DG41 KE DG44 : PERMOHONAN 2015

Hello guru-guru Malaysia, admin MJ kongsikan link untuk semak keputusan kenaikan pangkat dari DG41 ke DG44 yang cikgu2 mohon pada tahun 2015. TAHNIAH kepada yang berjaya.


>>>KLIK SINI<<<

November 17, 2015

Hubungi Ejen Shaklee Mary Jaungin.

 SEBARANG 
  • pertanyaan tentang produk
  • bagaimana nak jadi ahli Shaklee seumur hidup
  • bagaiman nak pesan produk shaklee
  • produk yang sesuai mengikut umur, keperluan atau bajet anda
ANYTIME, anda bole berhubung dengan saya  melalui

Ogos 20, 2015

DISKAUN HARGA 50% UNTUK ESP & VIT C SUSTAINED



DISKAUN HARGA 50% UNTUK ESP & VIT C SUSTAINED
==============================================

Saya excited nak war-warkan kepada ahli Shaklee yang belum tahu tentang PROMOSI ini.

ESP 


Harga Ahli RM 128
Harga Promo RM64

Vitalea

Harga Ahli RM 78
Harga Promo RM39

Siapa yang layak untuk promosi ini?
  • Ahli Shaklee yang pembelian terakhirnya pada bulan April 2015.
  • Mendapat SMS makluman daripada Shaklee atau
  • Hubungi Shaklee untuk periksa adakah anda LAYAK untuk promosi ini.
Bagaimanakah cara mendapatkan pembelian ini?
  • Walk-in atau hubungi talian telefon branch terdekat untuk pengeposan. KK branch 088272087
  • Pastikan anda maklumkan alamat terkini untuk pengeposan, detail kad kredit atau debit anda dan ID anda.
Diskaun ESP dan Vit C SR 50% anda betul nak let go?  Mungkin ada kawan-kawan yang tengah bajet sekarang tetapi tak nak kan dua item ini? Apa kata jualkan suplemen hebat ini kepada kawan anda. Anda untung tunai lebih kurang RM100.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, silakan share dengan pembaca lain.



Julai 24, 2015

Come Back

Salam semua,

Almost 3 months sunyi dalam FB dan blog. Sibuk berjual KEBAB BARAIT kat bazaar ramadan Tuaran. Jumpa ramai kawan baru dikalangan peniaga. Dasyat semangat niaga2 geng bazaar ni. This week saja, kenyangkan hobi buat pula berniaga nasi lemak sambal bawang tepi jalan Pekan Tuaran.Hihi. Dasyatttt admin Mell sapu semua.

Will upload more here. Especially about Shaklee Tercinta dan Takaful Prudential BSN at my other blog noorazmanmazelan.blogspot.com.

Mei 27, 2015

Vitamin C Injection Side Effects


Vitamin C Injection Side Effects

Obviously, taking 1gm dose a day of Vitamin C injection is far exceed from the safe recommended dose.The British Nutrition Foundation warn that vitamin injections can be toxic. Here are potential side effect you may experience when you take Vitamin C injection.

1. Kidney Damage
Vitamin C megadosage or Vitamin C injection can lead to increased risk of developing kidney stones, particularly if you already have a history of oxalate kidney stones. There also has been a report of kidney failure (renal failure) caused by a vitamin C overdose given by IV.

2. Severe diarrhea
Severe diarrhea is another possible symptom of a Vitamin C overdose. This can cause significant discomfort, dehydration, causing extreme thirst, fatigue, low urine output and reduced blood pressure. Diarrhea and vomiting can also cause electrolyte imbalances.

3. Liver disease
Vitamin C can help your body absorb iron from your diet. When you overdose with vitamin C, it can cause you to absorb too much iron, which lead to hemochromatosis. Hemochromatosis is also called iron overload. Abdominal pain, fatigue and joint pain are among the symptom. Hemochromatosis can lead to a dysfunctional liver and very possibly fatty due to the high iron levels.

4. Jaundice and blurry vision 
Continuous overdosing on vitamin C has also been known to cause jaundice and blurry vision.

5. Error in injection technique 
Using injection method especially when you do it on your own is an invasive nature. A fault vitamin C injection technique may hit a muscle or fat tissue instead of blood vessels. This error may leave user at risk of tissue death or in medical term known as necrosis. Blue, purple, or gray cast to the skin is a sign of necrosis. The healing process will take a long time depending on the severity of the necrosis.

Vitamin C injection is a quick fix to a smoother and clearer skin. They're also cheaper than surgery procedure. However, Dr Fiastuti Witjaksono advise that one should not take vitamin C injection if vitamin C can still be obtain in any other way.

Well, I go for organic sustained released vitamin C shaklee as it is safer and has great reputation among doctors and users. Take noted that Shaklee Vitamin C is formulated ONLY FROM ORGANIC RESOURCES. If you interested to try do reach me anytime.

TEXT/WHATAPPS 0133403848 (Mary Jaungin)

Mei 11, 2015

FEDOFILIA:JENAYAH MANUSIA BERNAFSUKAN KANAK-KANAK

credit to abah.my

JENAYAH PHEDOPHILIA: SUDAH BERSEDIAKAH KITA?

nurfitri
Ketika rakyat Malaysia bergembira dengan cuti hujung minggu yang panjang, kita dikejutkan dengan berita di United Kingdom International Business Times (www.ibtimes.co.uk). Seorang pelajar MARA jurusan Matematik di Imperial College, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Southwark Crown Court. Beliau mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki, menghasilkan, dan mengedar 30 ribu imej dan video lucah kanak-kanak bawah umur, 601 daripadanya adalah imej dan video kategori A.
Kategori ini membabitkan foto dan video yang memaparkan aktiviti persetubuhan dengan kanak-kanak, diungkap oleh pihak polis sebagai “... some of the most extreme images that have ever been seen by officers that work in this field,” kata Sara Keane, daripada Metropolitan Serious Crime Unit.
Semasa kediamannya di Bayswater diserbu, laptop beliau terbuka bersama patung seorang kanak-kanak lelaki bersaiz penuh di sisinya.
ibt01
Berita itu pantas kemudiannya disiarkan di agensi berita tempatan dan segera tersebar di media sosial.
Tentu sahaja ia berita yang mengejutkan, memalukan, dan sekali gus menyedihkan kita semua, apatah lagi oleh keluarga beliau, serta kenalan juga guru-gurunya kerana nama sekolah menengah dan kolej persediaannya sebelum berlepas ke UK, disiarkan.
Tetapi, apa yang menyebabkan berita itu luar biasa adalah kerana keberhasilannya mengajak rakyat Malaysia bersuara memberikan pendapat masing-masing. Reaksi rakyat Malaysia itu, menjadikan kes ini lebih besar daripada kes seorang pesalah yang sudah pun ditentukan hukumannya. Reaksi rakyat Malaysia memperlihatkan jenayah  dalam kategori Nur Fitri ini, sebagai sesuatu yang tidak difahami, justeru ramai yang menganggap hukuman itu terlalu berat, mengapa wajah dan namanya dipaparkan di media, dan kemuncaknya ialah apabila Ahli Majlis MARA, Nazir Hussin Akhtar Hussin membuat kenyataan mengatakan bahawa MARA akan memberi peluang kedua kepada Nur Fitri untuk beliau menyambung pengajian di institusi milik MARA sekembalinya beliau ke tanah air nanti!
Itulah yang mendebarkan kita.
Komen kita bercampur aduk di antara pornografi dewasa, perkahwinan sejenis, menyimpan foto dan video namun tidak pernah melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak, serta soal peluang bertaubat, tidak tahu isi hati sebenar pesalah, malah ada juga yang mendakwa bahawa mungkin ada unsur menghina Islam yang dilakukan jika pelajar itu terus di sana!
Walaupun semuanya berkaitan dengan jenayah seksual, tetapi apabila yang dimangsakan itu adalah kanak-kanak, ia perlu berdiri dalam kategori khusus. Kanak-kanak adalah amanah dan tanggungjawab orang dewasa untuk melindungi mereka. Kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual ini berada di dalam keadaan mereka tidak memahami apa yang sedang berlaku ke atas diri mereka, dan keduanya kepercayaan mereka kepada orang dewasa itu telah dimanipulasi. Ia menjadikan jenayah ke atas mereka itu salahnya berganda-ganda, dan sangat kejam.
jimmysavile
Di UK, sudah ada banyak contoh kes yang membabitkan jenayah Paedophile, termasuk yang berprofil tinggi. Antara kes paling menggemparkan kita adalah pembongkaran kes jenayah paedophile Sir James Wilson Vincent atau lebih dikenali sebagai Jimmy Savile. Seorang tokoh media dan juara fundraising, seorang yang sangat dekat di hati masyarakat Britain, rupa-rupanya adalah syaitan bertopengkan manusia, memangsakan kanak-kanak untuk kepuasan seksualnya.Disebabkan oleh kedudukannya yang sangat ‘mulia’ di mata ramai, tuduhan-tuduhan yang timbul semasa hayatnya tidak diberi perhatian. Hanya selepas kematiannya, ratusan dakwaan keluar hingga membawa kepada penyiasatan dan pembongkaran yang menakutkan.
Dalam kes jenayah paedophile ini, janganlah dihujah seseorang itu baik, atau dalam konteks kita sebagai umat Islam, dia itu mat surau, imam dan sebagainya. Orang jahat ditakuti oleh kanak-kanak. Kebaikan orang baiknya yang menjadikan kanak-kanak percaya kepadanya dan kepercayaan itu dicabuli oleh jenayah kejam berkenaan.
Peter Watts, seorang bekas guru, memiliki lebih 21 ribu foto pornografi kanak-kanak. Beliau mempunyai akses yang banyak dengan kanak-kanak, termasuk melalui tugasannya sebagai jurulatih kriket. Dalam pembongkaran kes jenayahnya, Peter Watts gagal dalam usahanya menghalang BBC menamakan dirinya secara terbuka di dalam dokumentari The Hunt for Britain’s Paedophiles yang disiarkan di BBC2 pada tahun 2002. Dokumentari The Hunt for Britain’s Paedophiles ini menimbulkan banyak kontroversi dan kemarahan rakyat Britain disebabkan oleh pendedahan yang terlalu ‘terang’. Namun mungkin itulah caranya untuk memahamkan mereka yang memandang remeh realiti jenayah paedophile ini. Manusia jenis apa yang boleh terangsang melihat kanak-kanak dicabul? Kombinasi perlakuan jenayah dan sakit mental, menatijahkan kejadian yang amat menakutkan ini.
Mark Hanson yang turut dipaparkan di dalam siri ketiga dokumentari berkenaan, bekas mangsa jenayah paedophile semasa kecilnya, bertukar menjadi pemangsa yang berulang kali melakukan jenayah yang sama. Akhirnya, sehari selepas rakaman penggeledahan rumahnya oleh pihak polis, beliau nekad membunuh diri kerana tidak sanggup menjalani hukuman penjara atas pengulangan jenayah tersebut.
Paedophile tidak mudah melepaskan dirinya dari penyakit jiwa ini.
Malangnya ketegasan yang dilakukan oleh pihak berwajib di UK, menimbulkan kehairanan masyarakat kita.
LOMPONG UNDANG-UNDANG
Disebabkan oleh kuranganya pendedahan terhadap jenayah jenis ini, ramai anggota masyarakat kita tidak faham seteruk manakah kesannya kepada anak-anak kita. Berbeza dengan masyarakat di Barat, mereka telah menempuh pengalaman panjang dengan jenayah paderi di gereja Katholik yang mencabul kanak-kanak, dan hal ini mengubah persepsi mereka terhadap paedophiles untuk membentuk reaksi perundangan terhadapnya.
Undang-undang kanak-kanak di Malaysia masih mentah. Kita mempunyai kurang daripada 10 orang tenaga pakar di Universiti Awam yang membuat kajian di dalam undang-undang kanak-kanak. Kebanyakan mereka tertumpu kepada juvenile justice dan sebahagian yang lain pula tertumpu kepada hak kanak-kanak dan penganiayaan kanak-kanak, dan tidak spesifik kepada jenayah seksual paedophiles.
Akta Kanak-Kanak 2001 [rujukan] juga tidak secara jelas menyatakan sebarang peruntukan untuk melindungi kanak-kanak daripada paedophiles. Pindaan yang bakal dibentangkan di Parlimen sedikit masa lagi pun, mungkin tiada menyentuh hal ini secara khusus. Mungkin Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [rujukan] berguna untuk bertindak menangani jenayah pornografi, tetapi ia tidak mempunyai peruntukan yang dikhususkan terhadap jenayah paedophile. Sedangkan jenayah paedophile itu sendiri sudah bersifat multi-classified.
Untuk sebuah negara bernama Malaysia, belum ada peruntukan untuk campur tangan perundangan, pemantauan terhadap penjenayah paedophile, tiada pelan pemulihan (rehabilitasi) untuk pesalah serta tiada sistem sokongan dan perlindungan untuk kanak-kanak. Kita sangat-sangat jauh ketinggalan di belakang.
Saya berharap ada tenaga pakar di dalam PDRM pada menangani jenayah ini, biar pun buat masa ini kita tidak mempunyai kerangka tindakan perundangan terhadap peadophiles.
Ibu bapa, guru-guru dan anggota masyarakat perlu mendesak wakil rakyat kita membawa isu ini untuk diperdebatkan di Parlimen agar Akta Kanak-kanak 2001 boleh dipinda bagi memasukkan peruntukan ini. Kes Nur Fitri mesti menjadi pendesak kepada perubahan yang amat diperlukan ini.
IMPLIKASI PENGALAMAN SEKS KANAK-KANAK
Saya bukan pakar psikiatri.
Saya hanya anggota masyarakat yang prihatin. Melalui pembacaan dan pengalaman saya berinteraksi dengan beberapa orang anggota masyarakat yang meminta pendapat dalam hal berkaitan masalah rumahtangga mereka (mungkin kerana saya dilabel sebagai Ustaz Cinta ekoran buku Aku Terima Nikahnya), ada di antara mereka yang mengalami kecelaruan orientasi seks disebabkan oleh pengalaman seks pertama mereka semasa kanak-kanak. Mereka ini dicabul oleh lelaki-lelaki kepercayaan mereka (adik beradik, ahli keluarga terdekat, jiran, abang angkat, guru…) semasa mereka sendiri ketika itu tidak memahami apa yang sedang berlaku ke atas diri mereka.
Banyak kajian menunjukkan impak yang besar daripada pengalaman seks pertama, kepada orientasi seks seseorang itu sepanjang hayatnya. Bayangkanlah duhai pembaca, jika semasa anak-anak kita masih berusia muda, masih naif, masih belum sampai masa untuk difahamkan tentang seks kepada mereka, rupa-rupanya sudah pun menjadi mangsa. Pengalaman itu lekat di dalam jiwa mereka dan jumlah anggota masyarakat kita terutamanya lelaki, menjadi gay bagai tidak dapat dibendung-bendung lagi. Tambahan pula kebebasan internet, menjadikan segalanya bagai bencana agung yang menghancurkan generasi umat ini.
Asrama menjadi antara lokasi paling sial pada merosakkan seksualiti remaja. Jangan main-main dengan ‘main-main’ itu kerana bencananya besar.
Sebagai bapa, saya ajar anak saya untuk melindungi aurat mereka, bahagian mana yang tiada sesiapa boleh lihat apatah lagi sentuh, dan mereka mesti mempertahankan aurat mereka secara fizikal. Jika anak lemah bab ini, wajib kukuhkan. Dan sekiranya tak mampu, jangan sekali-kali duduk asrama (walaupun tidak duduk asrama pun belum tentu selamat).
Hal ini sangat serius. Tiada yang kelakarnya pada mengenang zaman asrama, berkaitan kes-kes sebegini.
SELAIN GEREJA KATOLIK
Sikap sambil lewa dan memandang remeh akan jenayah paedophile di kalangan masyarakat kita ekoran kes membabitkan Nur Fitri ini, menyebabkan saya teringat kepada  perbincangan saya dan rakan-rakan berkenaan gambar muka depan buku Orientalism oleh Edward Said.
Orientalism2
The Snake Charmer (1879) :Bahagian aurat budak lelaki itu telah saya gelapkan
Muka hadapan buku ini dihiasi dengan lukisan bertajuk The Snake Charmer, yang dilukis oleh pelukis Perancis Jean-Léon Gérôme sekitar tahun 1879. Ia ditandatangani dengan “J.L Gerome 1880″.  Lukisan berkenaan memaparkan seorang budak lelaki yang bertelanjang berdiri di atas sebuah karpet kecil di tengah-tengah sebuah bilik yang berdindingkan jubin biru, memandang ke arah menjauhi penonton, sambil memegang seekor ular sawa yang melengkar di pinggangnya membawa ke bahu. Manakala seorang lelaki tua duduk di sebelah kanak budak itu sambil bermain seruling. Persembahan itu ditonton oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang pelbagai latar belakang mereka, daripada kabilah-kabilah yang berbeza, bersama pakaian dan senjata yang juga berbagai-bagai.
Walaupun budak penjinak ular itu membuat persembahan dalam keadaan bertelanjang kerana mahu memastikan tiada helah yang disembunyikannya semasa mengawal ular, lukisan J.L Gerome ini mendatangkan secara subliminal mesej homoeroticism. Lukisan ini adalah diinspirasikan daripada lawatan J.L Gerome ke Istanbul pada sekitar tahun 1875. Biar pun ada perdebatan panjang lebar tentang sejauh mana lukisan ini menggambarkan Timur, sebagaimana yang dibahaskan di bawah topik Orientalism berkenaan, ia mengingatkan saya kepada kajian intensif yang dilakukan oleh Profesor Dr. Khaled el-Ruayheb bertajuk Before Homosexuality in the Arab-Islamic World, 1500-1800. 
khaledelrouayheb
Kajian ini meneliti sikap masyarakat terhadap homoseksualiti di zaman pra moden dunia Arab-Islam. Sikap umat Islam sering dilabel sebagai schizophrenic, kerana ia amat nyata dalam ekspresi masyarakat sepertinya ditoleransi, manakala di satu sudut pula, ia diharamkan oleh Islam. Kajian mendalam oleh Profesor Dr. Khaled el-Ruayheb ini mengemukakan satu asas yang penting untuk membetulkan kefahaman kita mengenai isu sensitif ini, bahawa di zaman berkenaan, budayanya tidak mempunyai konsep homoseksualiti, sebagaimana yang ada pada hari ini.
Keterikatan kepada nas menjadikan keingkaran hanya pada perbuatan liwat. Akan tetapi perbuatan bersedap-sedap dengan budak lelaki yang tidak mencapai tahap persetubuhan, menerima reaksi yang bercampur baur. Sebahagian melihatnya sebagai keji, sebahagian yang lain pula melihatnya sebagai tidak.
LATAR BELAKANG SAMBIL LEWA KITA
Kajian ini amat mengganggu fikiran saya kerana data-data yang dikemukakan menunjukkan aspek interaksi intim yang hari ini dianggap sebagai pencabulan seksual ke atas kanak-kanak, berada di daerah yang kabur di dalam sejarah umat Islam. Sekurang-kurangnya tiga kurun menjelang era moden, memperlihatkan umat Islam masuk ke zaman moden dengan kefahaman yang tidaklah bersifat hitam putih dalam menentukan batas halal dan haram dalam isu ini.
Jika Barat sudah membongkar salah laku gereja dalam mencabul kanak-kanak, bagaimana pula dengan kesediaan kita membongkar jenayah ini di dalam sejarah kita?
Apakah sambil lewa kita sudah berakar umbi di dalam sejarah? Sebab itu, apabila mangsa serta pemangsa dalam kes jenayah seksual seperti isu Nur Fitri ini, saya tertanya-tanya, apakah sebenarnya penyelesaian yang dimaksudkan sebagai rawatan Islam?
Saya harap lebih ramai agamawan yang berwibawa memberi reaksi kepada isu ini yang semakin meruncing!
Di sini saya kongsikan saranan penting oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, untuk perhatian kita sekeluarga, juga guru-guru dan masyarakat, dalam melaksanakan tanggungjawab kita melindungi kanak-kanak daripada mangsa jenayah paedophile.
Teringat kira-kira 10 tahun yang lalu, semasa baru sahaja kembali ke tanah air, saya pernah berbual dengan isteri, “tidak lama lagi Malaysia ini akan ada makin ramai penjenayah yang bermasalah mental dan jenayahnya memerlukan pihak berwajib mahir membuat profiling penjenayah sebegini”:
[PEDOFILIA: PERLUKAH KITA KISAH?]
Pedofilia adalah seorang dewasa atau remaja yang mempunyai kecenderungan dan keinginan seksual terhadap kanak-kanak. Pedofilia telah lama terlepas bebas di negara kita.
Ingatkah lagi pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin pada tahun 2007 dulu? Kegagalan pihak berkuasa menangkap pembunuh adik Nurin sejak 8 tahun lalu membuktikan bahawa sekurang-kurangnya seorang pedofilia tegar masih bebas. Pedofilia dalam kes ini memperolehi kepuasan dengan mendera anak kecil secara seksual dengan kejamnya. Pedofilia yang masih bebas itu mungkin pernah mendukung anak kecil kita yang dipuji comel, dia mungkin adalah ‘friend’ Facebook kita, dia mungkin seorang ‘jaga’ di apartment kita, dia mungkin juga peniaga kantin sekolah anak kita dan dia sudah pastinya saudara mara salah seorang daripada kita. Pelbagai kemungkinan.
Dua hari lepas, kita digemparkan dengan berita tertangkapnya seorang pedofilia yang merupakan pelajar Malaysia di universiti terkemuka London. Pelajar ini menyimpan, menghasilkan dan mengedar gambar dan video pornografi kelas A yang hakikatnya adalah penderaan seksual kanak-kanak yang ekstrim. Berapa ramai lagikah mereka ini di Malaysia?
Pada awal tahun 2015, ibubapa di UK dikejutkan dengan penemuan website pedofilia berpengkalan di Rusia yang mengandungi 41 juta keping gambar kanak-kanak. Gambar-gambar tersebut disalin dari akaun media sosial milik peribadi/keluarga mangsa dan dimuatnaik ke website tersebut yang mempunyai beratus-ratus ribu pengunjung dari seluruh dunia. Petikan dari laporan, “Most of the images are accompanied by inappropriate comments from users across the world, which show they are being used for sexual gratification.”
Bayangkan jika gambar anak-anak kecil kita juga dimuatnaik ke situ.
Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa pedofilia adalah yang belum baligh (prepubescent), lelaki dan perempuan. Di Malaysia, pada awal tahun ini, seorang bayi berusia 7 bulan dirogol suami pengasuh di Kepong. Ini bukanlah satu-satunya kes di Malaysia yang melibatkan bayi. Ada lagi yang telah dilaporkan. Beginilah betapa jahat dan sakitnya seorang pedofilia. Adakah kita tidak perlu kisah?
BAGAIMANAKAH IBUBAPA BOLEH MELINDUNGI ANAK-ANAK DARI PEDOFILIA?
1. Sentiasa ‘connect’ dengan anak-anak dan bina kepercayaan supaya kita menjadi tempat bercerita dan mengadu.
2. Ingatkan anak-anak kecil untuk tidak menyimpan sebarang rahsia antara anak dan orang dewasa yang lain. Pedofilia selalunya memujuk anak untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.
3. Hentikan sifat malu dan segan untuk bercakap soal seksual dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak kita terdedah kepada unsur seksual di media, internet, iklan, sekolah dan paling menghampakan, di muka hadapan suratkhabar utama. Rancangan TV kanak-kanak dan siri kartun juga ada yang mengandungi unsur seksual dan menggunakan bahasa yang berunsul seksual. Kita mesti bersedia dan bersifat terbuka untuk mendidik anak-anak tentang isu seksual apabila perlu. Berbicaralah mengikut kesesuaian umur anak dengan bahasa yang difahami anak.
4. Sentiasa peka dengan gerak tubuh anak-anak yang mungkin mempamirkan sebarang ketidak-selesaan atau kegelisahan. Ambil tahulah.
5. Berhati-hati dengan paparan gambar dan video anak-anak di media sosial dan internet secara umumnya. Kenalkah kita siapa ‘friend’ dan ‘follower’ kita? Gambar-gambar anak kita mungkin di antara 41 juta gambar di website pedofilia yang disebut di atas. Sekarang ini mungkin ada pedofilia yang sedang berfantasi seksual melihat gambar anak-anak kita.
6. Ajar anak kecil tentang “appropriate and inappropriate touch”. Pesan kepada anak-anak lelaki dan perempuan, bahawa tubuh-badan mereka adalah milik mereka dan tidak boleh disentuh oleh orang lain termasuklah saudara-mara terdekat ataupun mereka yang berada di rumah pengasuh/nurseri/tadika.
7. Kenalpasti urusan-urusan yang membabitkan keadaan berisiko kepada anak-anak seperti membersihkan diri selepas ke tandas, bersalin pakaian, mandi dan sebagainya dan selalulah bertanyakan mereka dalam perbualan tentang siapakah yang terlibat. Contohnya, kalau tiba-tiba anak kecil bercerita bahawa pada hari ini anak penjaga yang membersihkan dirinya selepas ke tandas, atau ada orang mengambil gambar mereka mandi, anda perlu bertindak segera.
8. Ajar anak-anak teknik YELL RUN AND TELL (JERIT, LARI DAN CERITA) sekiranya mereka disentuh oleh sesiapa yang membuatkan mereka rasa tidak selesa seperti yang telah kita tunjukkan (di atas).
9. Jangan biarkan anak kecil ke tandas awam bersendirian. Iringilah anak dan tunggu sehingga anak selesai ‘berurusan’ di tandas. Kiranya kita perlu ke tandas dan anak kita berseorangan dengan kita, apa yang boleh dilakukan adalah mencari tandas awam yang mempunyai banyak unit tandas dan suruh anak kita masuk ke dalam sebuah unit tandas. Pesan kepada anak supaya terus berada di dalam unit tandas mereka yang berkunci, sehinggalah kita mengetuk dan memanggil.
10. Pasanglah parental ‘control software’ dan perisian saringan di komputer yang digunakan oleh anak-anak. Bersembanglah dengan anak-anak tentang bahaya ‘chat’ dengan sesiapa sahaja yang dikenali di internet. Pedofilia sentiasa mencari mangsa dengan merayau-rayau di internet. Mereka pandai memujuk dan bermanis kata. Mereka juga menggunakan identiti palsu supaya mudah dipercayai oleh kanak-kanak.
11. Adakan peraturan yang mewajibkan anak-anak menggunakan komputer hanya di ruang keluarga/umum di dalam rumah. Elakkan dari membenarkan anak-anak menyimpan dan menggunakan komputer di dalam bilik tidur mereka kerana sukar untuk dipantau. Ini membuka peluang untuk pedofilia ‘masuk jarum’ kerana mereka tahu anak kita tidak diawasi.
12. Elakkan memberikan telefon pintar dengan keupayaan ber’chat’ kepada anak-anak kecil.
13. Pastikan kita kenal siapa kawan-kawan rapat anak-anak kita, begitu juga guru-guru, jurulatih dan semua remaja dan orang dewasa yang terlibat dengan anak-anak kita.
14. Jangan biarkan anak kecil ke mana-mana berseorangan walaupun destinasi yang berdekatan seperti kedai, pasar malam dan sebagainya. Pedofilia mungkin telah lama memerhatikan rutin dan gerak geri anak kita. Mereka mungkin telah pun merancang sesuatu dan hanya menunggu masa untuk bertindak jahat.
15. Bekerjasama dengan pihak nurseri/pra sekolah/sekolah anak untuk melindungi anak-anak dari pedofilia.
BAGAIMANA PIHAK NURSERI/PRA-SEKOLAH/SEKOLAH BOLEH MELINDUNGI KANAK-KANAK DARI PEDOFILIA?
1. Tidak memaparkan gambar pelajar di akaun media sosial peribadi guru dan kakitangan. Yakinkah kita ‘friend’ guru-guru bukannya pedofilia? Jika ada ibubapa yg menjadi ‘friend’ guru, biarlah hanya gambar anak ibubapa itu sahaja yang dipaparkan jika dibenarkan, bukannya seluruh kelas.
2. Paparan gambar di website dan media sosial rasmi pihak sekolah perlu mendapat persetujuan (consent) ibubapa terlebih dahulu.
3. Mengawal pengambilan gambar dan video pelajar oleh guru dan kakitangan sekolah. Di sesetengah negara, guru tidak dibenarkan membawa kamera, malah telefon bimbit guru yang berkamera ditinggalkan di pejabat sepanjang waktu persekolahan untuk memastikan gambar dan video tidak dirakam sewenang-wenangnya bukan kerana urusan rasmi.
4. Banyak negara mempunyai sistem daftar-rujukan yang membolehkan sekolah dan organisasi yang terlibat dengan kanak-kanak memeriksa latar belakang mereka yang bekerja dengan kanak-kanak. Sistem ini diwujudkan untuk melindungi kanak-kanak.
5. Memantau kiranya ada kakitangan yang gemar berseloroh dengan unsur yang tidak appropriate/lucah. Ini adalah salah satu indikasi gangguan jiwa.
6. Memastikan pintu kelas mempunyai bahagian berkaca untuk melihat ke dalam kelas.
7. Tiada urusan di lakukan antara guru dan kanak-kanak di dalam bilik yang tertutup. Pintu mesti sentiasa dibuka.
8. ‘Educate’ guru, ibubapa dan pelajar tentang pedofilia bagi menunjukkan keseriusan masalah tersebut.
Prihatinlah wahai ibubapa, guru-guru dan penggubal polisi. Ambil tahulah. 
Sejauh mana sesuatu masyarakat itu melindungi keselamatan anak-anak melalui kesedaran, polisi dan undang-undang, membuktikan sejauh mana masyarakat tersebut menghargai kanak-kanak.
Marilah juga kita sama-sama ‘connect’ dengan anak-anak remaja supaya mereka tidak menjadi seorang pedofilia. Semoga Allah melindungi anak-anak kita yang merupakan amanah dari Allah swt.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Lindungi anak-anak kami ya Allah.
Pembunuh anakada Nurin Jazlin Jazimin masih bebas.
HASRIZAL
Saifulislam.Com

Mei 10, 2015

MAY PROMOTION/PROMOSI SHAKLEE BULAN MEI






Assalam and hello again everyone. How are you doing recently? MAY PROMOTION is coming again with another 3 single products and four sets of supplement for you. Jom lihat promosi Shaklee bulan Mei.


1. OMEGA GUARD

BUY 7 AT 6

RM698

BUY 2 GET 5% DISCOUNT
RM224

KLIK SINI untuk mengenali Omega Guard secara umum
KLIK SINI Omega Guard untuk bayi genius
KLIK SINI Omega Guard untuk pelajar

2. PHYTOCOL

BUY 7 AT 6
RM1010

KLIK SINI untuk kenali Phytocol secara umum

3. VITALEA FOR CHILDREN 

BUY 4  AT 3
RM288

KLIK SINI untuk kenali Vitalea for Children


4. HEALTHY PRENATAL




Penjagaan pranatal adalah penjagaan kesihatan yang anda dapat semasa anda hamil. Pengambilan suplemen yang terbaik membantu perkembangan bayi dengan otak yang cerdas dan tubuh badan yang sihat.Penjagaan pranatal boleh membantu memastikan ibu dan bayi sihat. Sedih jika lihat bayi yang baru dilahirkan terpaksa cucuk sana sini kerana masalah kesihatan. Bahkan pada tahap ini, nyawa bayi sangat rapuh. Pengambilan suplemen membolehkan masalah kesihatan kepada ibu (semasa mengandung/proses melahirkan bayi) dan bayi (risiko keguguran atau bayi abnormal dapat dielakkan).




OsteMarix™ 

OmegaGuard™ 

Sustained Release Vita-C Plus™

B-Complex
Vita-Lea® Iron Formula
ESP - Soy Protein Isolate Powder

PRICE RM475

5. HEALTHY POSTNATAL

Kesihatan selepas proses bersalin penting kepada ibu dan bayi. Penyediaan tubuh untuk menghasilkan susu badan kepada bayi, dan suplemen kritikal untuk membantu penyembuhan ibu perlu diambil. Contohnya, suplemen untuk mengecutkan rahim, mempercepatkan luka jahitan dan pembedahan sembuh, meningkatkan tenaga ibu, mengurangkan risiko tulang reput dan kehilangan gigi pada ibu. Jangan lupa, tanpa suplemen yang baik, ibu kan mula mengalami penipisan rambut. Shaklee menyediakan suplemen selepas bersalin atau berpantang kepada wanita yang baru bersalin.


PRICE RM475

KLIK nama produk di atas untuk mengetahui kelebihan dan kebaikan.

6. HEALTHY FITNESS SET

Set penjagaan kesihatan untuk mendapatkan tubuh idaman dengan Shaklee. Produk Shaklee adalah halal, selamat dan berkesan untuk anda kerana ianya mendapat kelulusan KKM. Shaklee  juga berasaskan sumber organik yang dihasilkan sejak lebih 100 tahun . Ianya 100% organik, bebas bahan tiruan atau dadah merbahaya seperti produk kurus yang menjanjikan kesan sangat drastik. Shaklee dihasilkan, diuji dan dikaji oleh doktor-doktor pakar dan saintis,

Cinch® Shake Mix - Vanilla/Cafe Latte /Chocolatte 
Cinch® Shake Mix - Vanilla
Cinch® Tea Mix 
Herb-Lax™
Lecithin
Vita-Lea® Iron Formula

PRICE RM544

KLIK SINI Cinch untuk kuruskan badan

KLIK SINI kebaikan dan kelebihan Cinch
KLIK SINI kebaikan dan kelebihan  Herblax
KLIK SINI kebaikan dan kelebihan Lecithin
KLIK SINI kebaikan dan kelebihan  Vitalea


7. HEALTHY YOUNG LIVING




Shaklee menawarkan anda suplemen anti-penuaan No. 1 dunia yang sesuai yang sangat hebat. Vivix mendapat pengiktiraf antarabangsa. Vivix merupakan suplemen yang mengubah dan menguatkan tubuh anda dari peringkat selular. Dan ya, sediakan diri anda untuk kejutan 25 TAHUN KELIHATAN LEBIH MUDA, DAN RASA LEBIH MUDA!


Vivix®
Vivix®

PRICE RM765

KLIK SINI untuk mengenali vivix secara umum

KLIK SINI untuk Vivix dan bayi berhingus
KLIK SINI untuk sumber bahan vivix
KLIK SINI untuk kelebihan vivix
KLIK SINI untuk rujukan tentang kajian vivix
KLIK SINI untuk The Vivix Story: Dr Sinclair


Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Atau anda mempunyai sebarang pertanyaan?

Anda boleh Whatsapps saya di 0133403848. 
COD  di Sabah :Tuaran & Tenghilan.

Boleh juga lawat page saya di B.B di Facebook Page.KLIK SINI