Mac 31, 2015

Home » , , , , , » PROSEDUR KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 2: Buat rumah atas tanah sendiri

PROSEDUR KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 2: Buat rumah atas tanah sendiri

Salam sayang semua, entri admin Mell kali ini ialah tentang prosedur keluarkan duit KWSP dari AKAUN 2 untuk tujuan perumahan atas tanah sendiri.

Polisi adalah berbeza bagi semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Prosedur yang saya share adalah applicable untuk Sabah. Bagi negeri Sabah,asalkan nama pemohon utama merupakan penama tunggal atau penama bersama geran tersebut memang dah boleh keluar duit. Tak perlulah prosedur pecah geran, atau surat kebenaran dari penama-penama lain dalam borang. Contohnya, tanah tersebut dimiliki bersama oleh Abu, Ali dan Siti.  Siti boleh memohon untuk keluarkan duit KWSPnya tanpa perlu urusan pecah geran tanah  (untuk menunjukkan sempadan dan bahagian mana tanah kepunyaan Siti. Jika pemohon ialah suami Siti, pun no problem juga. Sebab nama isteri dah ada dalam geran)

Mula-mula nak keluar duit saya ada sent pertanyaan kepada KWSP di FB.

KLIK SINI untuk FB KWSP

So, feed back KWSP memang sangat bagus tapi agak general. Lepas tu saya call KWSP centre untuk dapatkan lebih penjelasan. Bab gayut dalam telefon ni lemah sikit, sebab sometimes kita memang tak faham tapi segan nak tanya balik2 kan. so buat2 faham and bagi dengar suara profesional diiringi gelak mesra (padahal nak cover kekeliruan yang melanda.haha)
Effort lain adalah mendapatkan sedikit info daripada kawan-kawan dan kerani sekolah.

Finally, husband advise better ke KWSP Kota Kinabalu sendiri untuk lebih pencerahan. Jika dah masuk bangunan KWSP KK tu, anda teruslah masuk ke kaunter tiket. Staff situ akan tanyakan jenis urusan dan beri anda nombor. Borang untuk tujuan perumahan saya terus dapatkan dari situ. Penting ye, sekiranya pasangan anda pun nak keluarkan duit under reason yang sama, anda dan pasangan mesti mengisi dua borang. So ask for TWO FORMS. Lebih pun takpe, kot ada tersalah tulis ada back up form baru kan.

Sekiranya, masih ada benda yang tak jelas, ambil peluang tanya sampai faham kat staff. Sia-sia datang KWSP jika anda malu nak tanya, dan balik masih blur.

OK, tengok list dalam borang:

1.  My kad

Salinan IC yang telah disahkan. Atau apa-apa dokumen pengenalan yang berkaitan (Jika anda mempunyai nama lain dalam mana-mana dokumen yang berkaitan ). Tujuannya ialah untuk membuktikan, anda adalah orang yang sama dengan nama yang berbeza. Sila bawa IC  asal semasa appointment.

2. Buku Akaun Bank atau penyata bank

- fotostat buku akaun bank anda yang terpapar nama dan nombor akaun anda (disahkan oleh pegawai bank ) atau anda bawa jer buku akaun original semasa appointment
- jika akaun maybank seperti saya, anda boleh buka M2U dan print sahaja penyata bank secara online. Ni tak perlu disahkan. Bawa yang ni semasa appointment

3. Salinan Geran Tanah

-fotostat dengan kualiti yang terbaik. Pastikan details dalam geran jelas. Maklumlah kertas geran biasanya lusuh. Saya terpaksa scan dengan kualiti terbaik supaya tulisan tangan pada geran tu boleh dibaca. Especially detail seperti nombor geran, nama pemilik geran, nama kampung dan lakaran. Geran tanah original wajib bawa semasa appointment

4. Surat pengesahan dari Jabatan Tanah dan Ukur

-Jika terdapat perbezaan nama antara geran tanah dengan cop ketua kampung. Misalnya dalam geran nama kampung Kg. Lapai nama terbaru pula Kg. Lapai Baru..kan ada beza tu..so dapatkan pengesahan Kuasa Pentadbiran Kampung tersebut. Anda boleh dapatkan surat pengesahan dari Jabatan tanah dan ukur.

5. Surat pengesahan perwartaan atau perkampungan yang telah digazetkan sebagai tanah perkampungan. Dimana perkampungan telah diwartakan oleh kerajaan.

Dapatkan surat pengesahan daripada Jabatan Tanah dan Ukur yang mengesahkan kampung tersebut telah diwartakan sebagai tanah perkampungan yang mengandungi nombor gazet kampung dan nama kampung.

6. Resit

Resit pembelian perkakasan rumah dan berjumlah 20% dari kos keseluruhan pembinaan. So janganlah letak harga rumah tu tinggi sangat, sebab kalau tak lepas kos 20% kos keseluruhan pembinaan alamatnya fail lah permohonan. O yer, pastikan resit-resit anda BERSIH dan KEMAS. Tiada penggunaan liquid, contengan perubahan harga bagai ye. Sebab kalau kena ke pegawai yang strict, resit macam ni akan dikira defect. KWSP assume, pemohon tu sendiri yang pandai-pandai tukar amaun.  Resit mesti ditulis material yang dibeli dengan terperinci. Bagi resit besar, biasanya anda akan dapat invoice. Dalam invoice disertakan deskripsi bahan-bahan. Yang ni, anda perlu sertakan.

Saya ada dua keping resit rejected sebab defect resit berpunca dari pihak penjual. Pastikan minta di stampkan (cop) juga resit anda dari pihak penjual. Jika membayar gaji kepada tukang rumah, anda boleh minta tukang berikan anda resit penerimaan bayaran. Resit ini boleh digunakan sebagai resit perbelanjaan anda. Ala resit biasa jer dari kedai, tulis amaun, nama pembayar (nama anda),nama penerima (tukang rumah), tarikh transaksi dan amaun.

Keep in mind' jika nak buat rumah atau renovate rumah, nama dalam resit haruslah NAMA ANDA. Jika menggunakan nama orang lain, sila sediakan SURAT PENJELASAN. Buat surat ringkas-ringkas je, explain kaitan anda dengan orang dalam nama resit and reason. In my case, Aki Sophie yang bantu saya membuat pembelian. So saya mentioned dalam surat, bapa pemohon merupakan wakil pemohon dalam urusan membeli material rumah. Nasib baik hanya satu nama yang terlibat.

7. Pelan Rumah

Pelan rumah anda boleh jer buat guna aplikasi dalam telefon atau dari online. Saya punya saya buat online jer. Paparan 2D cukuplah.Sekeping jer. Kalau terlebih rajin bolehlah guna autocad.hehe.
Orang KWSP tak tengok sangat pun ukurannya. Pelan ni banyak kelemahan dari segi ketepatan ukuran.Tapi ukuran sebenar tak lari jauh 100cm =10 kaki. Yang penting shape dan ukuran tak lari sangat.

Bilik tidur berapa? Dapur mana? Front door mana?  Pandangan depan, belakang, kiri dan kanan.Itu jer lah basic question. 

Pelan rumah mesti ditandatangani dan diturunkan cop oleh Ketua Kampung. I buat dalam masa sejam OK..Sebab rushing Ketua Kampung nak datang rumah. Ketua kampung banyak tolong saya. Petang-petang selalu panggil beliau bergambar bersama untuk lampiran.  Lampiran ni memerlukan pemohon sertakan gambar 4 pandangan sisi rumah. Dari depan (gambar bersama ketua kampung), dari sisi kanan. sisi kiri dan pandangan belakang.
Pandangan 4 sisi rumah kecil kami. Gambar sisi hadapan rumah mesti bersama Ketua Kampung .

8. Peta lokasi

Yang ni pun saya buat simple. Ruler, pencil, eraser, red pen atau marker merah. Anda lukis yang very simple sahaja dengan memasukkan elemen penanda aras yang mudah dikenal pasti. Saya punya, lukis tangki air, tayar putih besar pada simpang masuk. Kawasan rumah pemohon haruslah ditanda dengan merah. So yang ni korang highlighkan aje area rumah tu. Letakkan nombor telefon sekali dalam peta lokasi.

9. Surat Perjanjian Bina Rumah

Tarikh rumah MESTI SELEPAS dari tarikh nama anda dimasukkan dalam geran tanah. Contohnya, anda telah membeli atau dihadiahkan sebidang tanah pada 8 April 2015. Tarikh perjanjian bina rumah mestilah selepas itu. Contoh 9 April dan ke atas. Surat perjanjian rumah ini mesti disertakan dengan setem hasil RM10 sekeping yang anda boleh beli di Pejabat Pos.  Anda boleh matikan setem ini di pejabat daerah (berjumpa dengan pegawai daerah) atau ke LHDN. 

Sebaiknya, tarikh perjanjian bina rumah yang anda pilih JANGAN MELEBIHI 30 HARI dari tarikh anda meminta setem dimatikan. Kerana denda akan dikenakan. RM1 sehari cas dari tarikh perjanjian bina rumah. Hari tu saya kena RM90 dekat LHDN Kota Kinabalu.. Jika anda ke pejabat daerah, takkan kena denda pun. Pegawai tu matikan setem for free. FYI Penolong Pegawai Daerah Tuaran Mohd.Sofian Alfian Nair  sangat brotherrrr.Mesra, profesional dan memudahkan urusan semua orang. Salute dan respect jumpa beliau. 

Jika pengeluaran yang menggunakan geran tanah di atas nama pasangan. Maksudnya, jika isteri (pemohon utama) mempunyai nama atas geran, suami juga boleh mengeluarkan duit KWSP akaun 2 nya atas sebab membina rumah bersama. Ini juga dipanggil pengeluaran bersama.  Dalam kes ini, surat perjanjian membina rumah yang telah lengkap diisi no.9 (di atas) hanya perlu difotostat untuk dikepilkan sekali semasa submit borang untuk pihak suami (pemohon kedua). Tak perlu lagi beli setem hasil dua kali. Lebih senang anda fotostat kaler guna printer, nampak jelas dan kemas.

10. Salinan Sijil Kahwin

Bawa satu salinan sijil kawin dan sijil kawin yang ori semasa appointment. Ini untuk permohonan bersama atau pemohon membuat rumah di atas tanah pasangan. So kena tunjuk la bukti relationship.

******************************

Selepas pegawai KWSP berpuas hati dengan semua dokumen yang anda submit, anda akan menerima sekeping kertas. Kertas tu merupakan dokumen LULUS saringan peringkat pertama. Maksudnya, borang-borang anda lengkap dan memuaskan.

Proses pengeluaran akan mengambil masa paling panjang 21 hari dari tarikh anda menerima dokumen LULUS. Pegawai KWSP akan datang melawat tapak rumah anda dalam jangka masa itu tanpa memaklumkan kepada anda.
Pandangan luar KWSP.  Mell dan husband sempat selfie gitew.


In my case, pegawai KWSP datang melawat 5 hari selepas saya submit semua dokumen. Beliau datang kejap jer, tinjau-tinjau dan minta saya menulis sedikit ulasan dan menurunkan tanda tangan. 10 minit jer beres! Best kan.
Malam tu keluar dengan my BFF Yen & partner.
 Lega dan berlapang dada urusan dah selesai. Makan di restoran Darul Naim depan Politeknik.


Terima kasih kerana membaca entri ini. Sekiranya bermanfaat untuk anda, silakan share entri ini dan jangan lupa LIKE page saya.  

KLIK SINI untuk LIKE.

2 ulasan :


  1. hello boleh tanya,jika momohon kwsp utk biba rumah,kita mesti kasi berdiri dulu rumah dalam 20% ka?maksud saya kasi buat tapaknya dan tiangnya dalam kos 20%? baru boleh apply ke kwsp akaun2? tidak boleh ka pinjam dan baru buat rumah? kita kasih sedia saja resit pembelian dalam 20% harga yg kita cakap?

    BalasPadam

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B