Jun 23, 2014

Home » , , , » Hama

Hama

Pernah tak anda baring atas tilam atau anda guna selimut atau cadar yang dah lama tak guna dan mengalami gatal2 pada permukaan kulit.

Rasa kulit digigit-gigit tapi bukan berpunca dari semut.Esoknya bangun dah ada biji merah yang gatal timbul pada kulit.

Ini disebabkan oleh hama yang tinggal pada serat2 kain yang sudah lama terabai, kotor, sentiasa tersimpan dalam keadaan yang kurang mendapat cahaya matahari.

Hama boleh membiak pada permaidani, kusyen, tilam, bantal, serta pakaian lama yang disimpan lama dalam keadaan lembap dan gelap.

Hama boleh menyebabkan ketidakselesaan dan meninggalkan parut (jika bekas gigitan hama tidak dirawat) kepada kulit kita.

Cara terbaik untuk membunuh hama ialah menjemur benda-benda yang disyaki tempat membiak hama. Jemurlah dekat luar rumah tempat dimana sinaran matahari panas gitu.

Spray menggunakan penyembur racun nyamuk atau serangga pada benda yang berat untuk dijemur seperti permaidani pun dapat membantu. Masalahnya cumalah bau yang kurang enak jika dibandingkan dengan penyembur yang diformulasikan dengan pewangi seperti Febreze. Jangan lupa vakum permaidani untuk memastikan hama dan kotoran dapat dikeluarkan.

Awasi haiwan peliharaan anda seperti kucing dan burung kerana mereka juga boleh membawa hama dari luar rumah.

Cadangan suplemen untuk hama

1. vitamin E dan Vitamin C untuk memulihkan parut akibat gigitan hama tanpa meninggalkan kesan hodoh atau gelap

2.  Herbal cream untuk disapukan pada gigitan hama untuk memberi kelegaan terhadap kesan sakit dan gatal

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B