Memaparkan catatan dengan label nutriferon. imun. demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nutriferon. imun. demam. Papar semua catatan

Jun 18, 2014

Demam Denggi

Demam Denggi

Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit
CADANGAN SUPLEMEN:

1)Performance Drink

Untuk menangani masalah denggi air hendaklah sentiasa mencukupi dalam tubuh untuk mengelakkan hidrasi. Ada yang mencadangkan sup ketam, sup renehan daun betik dan minuman isotonik 100 plus. Walaubagaimana pun sup ketam tidak sesuai untuk mereka yang alergik seafood seperti saya, atau yang tinggal di kawasan bandar, agak sukar mendapatkan bekalan daun betik yang bersih dan segar. Minuman isotonik pula kebanyakkannya bergas yang mana tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil dan warga emas.

Anda boleh beralih kepada Performance Drink Shaklee untuk mengelakkan hidrasi yang  melampau. Bestnya Performance Drink Shaklee ini kerana ianya tidak bergas,
Bancuh 500ml air (suhu bilik, suam atau berais) dengan 2 -3 sudu besar Performance Drink. Lebih banyak air bancuhan Performance drink yang anda minum lagi elok. Performance Drink juga boleh dicampur bersama jus buah-buahan lain. Bancuhan yang tidak habis diminum selepas 24jam haruslah dibuang.

2) Nutriferon

Nutriferon bertindak menguatkan sistem imun tubuh yang telah lemah akibat serangan virus denggi.Nutriferon selamat dimakan oleh semua termasuk bayi 6 bulan ke atas, ibu hamil, ibu yang sedang menyusukan bayi, warga emas lelaki dan perempuan.

Untuk dewasa: 4 sachet sehari
Kanak-kanak 4-12 tahun: 2-3 sachet sehari
Kanak-kanak 6 bulan-3 tahun:1-2 sachet sehari

3)B Complex

Bcomplex bertindak untuk meransang selera makan pesakit yang  terjejas akibat denggi. Deria rasa dan bau semuanya menjadi pahit menyebabkan penolakkan terhadap makanan berkhasiat yang membantu memulihkan sel-sel tubuh.

sumber:http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi

Mei 28, 2014

Nutriferon: Kelebihan dan Kebaikan


Nutriferon Shaklee

Adakah anak anda sering sakit? Asyik demam? Kerap selsema? Senang batuk? 

Masalah demam, selsema, batuk dan sebagainya sering mengganggu kita sebagai ibu bapa sehingga tugasan harian juga terganggu. Kemungkinan besar anak-anak akan sakit kerana cuaca yang tidak menentu, atau jangkitan penyakit atau virus dari budak-budak lain. Namun, kita sebagai ibu bapa boleh “membekalkan” anak kita Nutriferon untuk mempertingkatkan sistem imun yang lebih untuk mereka menangani masalah ini.

Nutriferon dari Shaklee direka khas untuk meningkatkan sistem imun. Ia bertindak seperti tentera yg menjaga badan anak-anak dari dijangkiti penyakit.Nutriferon boleh diambil oleh semua peringkat umur dan amat digalakkan untuk mereka yang selalu demam, selsema atau batuk. Nutriferon membantu mempercepatkan anak-anak sembuh dari sakit. Ini kerana sistem imun badan kita akan dikuatkan lagi dengan pengambilan Nutriferon. Ia selamat dan jauh lebih baik dari sebarang ubat dan antibiotik.

Ibu-ibu yang masih menyusukan pun amat sesuai mengambil Nutriferon demi meningkatkan sistem imun bayi. Nutriferon amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Biasakan mengambil satu pek seminggu untuk mencegah daripada demam, selsema dan batuk. 

Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun
  • Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon.
Dr. Yasuhiko Kojima merupakan ahli imunologi yang terkenal di dunia, dan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954, di Universiti Tokyo, semasa beliau menjalankan penyelidikan. Setelah 40 tahun menjalani penyelidikan dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau berjaya menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.
  • Meningkatkan paras interferon secara semulajadi
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
  • Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia.
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  • Rumusan Berpaten Yang Eksklusif.
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?
  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.


(source: Mommy Lyna, VitaminSemulaJadi.com)