Mei 02, 2015

Home » , , , » 5 SEBAB MENGAPA PERLU JAUHKAN GAJET DARI ANAK

5 SEBAB MENGAPA PERLU JAUHKAN GAJET DARI ANAK

Ibu bapa sekarang selalu berkepit dengan gajet. Anak duduk sebelah pun, mata pada gajet juga. AWAS AWAS AWAS. Jangan sampai kejadian yang tidak diingini berlaku pada anak anda. 


1) RADIASI



Asasnya, tubuh kanak-kanak, tulang kanak-kanak dan imunisasi kanak-kanak jauh lebih lemah dari orang dewasa. AWAS! Ibu bapa dengan bayi dan kanak-kanak kecil atau ibu hamil. Sila usahakan yang terbaik untuk jauhkan gajet elektronik dari pada golongan ini kerana radiasi daripada gajet menyebabkan  masalah seperti gangguan tidur, sakit kepala, dan  menggalakkan sel-sel abnormal berkembang dalam tubuh. Basicly getaran (vibrates) dari gelombang gajet elektronik menyebabkan getaran normal sel tubuh manusia terganggu. 



Jangan biarkan anak kecil bermain dengan gajet anda dau jauhkan gajet dari mereka. Bayi dan kanak-kanak kecil tak perlulah biasakan ajar bercakap di telefon jika tiada keperluan sangat.Fikirkan tentang radiasi yang mereka terima.






KLIK SINI untuk radiation danger from electronic gadget



2) MENGANGGU EMOSI ANAK



Bila mulut parent melayan anak, tapi mata lekat kat gajet..alahai 



Tahukah anda, anak yang merasakan dirinya terabai cenderung membuat sesuatu di luar kawalan untuk menjadi perhatian ibu bapa. Menjadi lebih agresif, tak dengar cakap, kuat membantah, suka menjerit, bertukar perangai dan macam-macam. Anak yang baik, parents tak risau sangat.. bila anak jadi nakal, masa tu lah parent letak gajet dan tengok anak macam nak telan. Mungkin ada yang cepat jer bangun dan tangankan anak.  Nampak tak bagaimana anak menghubungkaitkan 


"BEING BAD AND GET ATTENTTION"

3) ROLE MODEL YANG KURANG BAIK KEPADA ANAK

Adakah anda pada usia tua anda mengharapkan hubungan yang mesra dengan anak? To engage in real conversation? Dengan rutin kita yang tak lekang dengan gajet tu. Hubungan kita boleh jadi secara virtual sahaja. Sedih tak kalau anak tak nak berbual, semua perbualan melalui medium online jer.

So, next time kita bersama dengan anak, letak gajet dulu. Quality times with children is more critical. Mereka membesar cepat. Ada baiknya kita tunjukkan  teladan yang terbaik seperti mana kita nak anak layan kita pada masa tua kelak.

4) ROSAKKAN DAYA PENGLIHATAN ANAK

Terlalu menonton imej pada skrin gajet membuat mata anda semakin lama semakin lemah dan menjadi rosak. Are you aware? Semakin ramai kanak-kanak sekolah rendah yang memakai gelas mata. Jika dahulu, sekolah menengah baru nampak ramai yang empat mata. Now, budak kaca mata ada ramai sangat di peringkat sekolah rendah.

5) MENGEKANG PERKEMBANGAN ANAK

Tidak dapat dinafikan, aplikasi dan program dalam gajet jauh lebih menyeronokkan dan variasi daripada mainan tipikal rekaan nenek moyang kita.  Ninja fruit, COC, Zombie, Talking Tom ternyata lebih seronok dari permainan kejar-kejar, ting ting,batu seremban dan panjat pokok.

Beautiful humble things that happen around us, 
used to trigger the emotional maturity. Does our children notice it?
                                                      To see the wild flowers,
to see the crawling bugs,
to read from a real book,
to touch the wet ground.

Mendedahkan anak-anak kita dengan dunia sebenar mencetuskan perkembangan yang pesat untuk kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran belajar, menghubung kait, dan kematangan emosi mereka

Thank you for reading. Happy parenting.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Atau anda mempunyai sebarang pertanyaan?

Anda boleh Whatsapps saya di 0133403848. 
COD  di Sabah :Tuaran & Tenghilan.

Boleh juga lawat Baraitborneo di Facebook Page.KLIK SINI


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B