Oktober 15, 2014

Home » , , , , » KENALI SHAKLEE

KENALI SHAKLEE

KENALI SHAKLEE



Shaklee merupakan sebuah syarikat pemakanan kesihatan dan nutrisi  no.1 di USA yang telah mencipta produk semulajadi dan mengamalkan cara perniagaan yang kukuh. Ia mendapat nama daripada pengasasnya Dr.Forest C Shaklee.

Sejarah perkembangan shaklee telah bermula sejak tahun 1915 lagi di mana pengasas shaklee telah mencipta multivitamin semulajadi yang pertama iaitu 'Vitalized Minerals'. Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi dan kecemerlangan sains.Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.


SEJARAH PERKEMBANGAN SHAKLEE



1915 - Dr. Forest C Shaklee telah mencipta multivitamin yang pertama (Vitalized Minerals)

1956 - Dr. Forest C Shaklee telah menubuhkan sebuah syarikat berdasarkan 'Living In Harmony With Nature' yang berazam untuk menghasilkan produk-produk bagi memperbaiki kesihatan insan dan bumi.

1960 - Shaklee memperkenalkan 'Basic-H Concentrated Organic Cleaner' salah satu pencuci boleh dibiodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama.

1961 - Dr.Shaklee mencipta Protein segera iaitu salah satu rumusan pengasingan protein soya yang pertama.

1972 - Shaklee memperkenalkan salah satu produk serbuk pencuci pakaian boleh dibiodegradasi tanpa fosfat, nitrat atau borat yang pertama.

1977 - Shaklee disenaraikan dalam bursa saham New York.

1981 - Shaklee memperkenalkan sistem pembebasan terkawal berasaskan tumbuhan yang pertama bagi Vitamin C.

1982 - Shaklee menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500.

1983 - Buat kali pertamanya,seorang warga Amerika mendaki Gunung Everest tanpa oksigen tambahan dan hanya bergantung pada tenaga yang dibekalkan oleh pemakanan Shaklee.

1986 - Penerbangan mengelilingi dunia tanpa henti yang pertama atas Voyager dengan tenaga yang dibekalkan oleh pemakanan Shaklee.
         - Shaklee memberikan sokongan kewangan dan produk kepada ekspedisi pertama kereta luncur salji ke Kutub Utara yang diketuai oleh Will Steger.

1987 - Penerbangan berkuasa manusia pada jarak terjauh iaitu 72 batu melintangi lautan'(Projek Deadalus)' dengan menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh 'Shaklee Performance.'

1988 - Shaklee mula beroperasi di Malaysia.

1990 - Basic H daripada Shaklee yang boleh dibiodegradasi terpilih sebagai salah satu daripada produk rasmi Hari Bumi yang pertama.
         - Shaklee telah menerima anugerah 'Family Circle Green-Chip' sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang mesra alam sekitar.

1991 - Shaklee memperkenalkan 'Basic D' iaitu satu daripada bahan pencuci pinggan automatik bebas fosfat yang pertama.

1993 - Shaklee membekalkan NASA dengan satu minuman rehidrasi yang telah disesuaikan untuk para angkasawan.

1998 - Shaklee memperkenalkan siri penjagaan kulit pertama 'Enfuselle Skin Care'berasaskan nutrisi,disokong oleh 8 paten,dan telah membelanjakan 1 juta dolar dalam penyelidikan klinikal.

2000 - Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang menerima pensijilan 'Climate Neutral' dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan CO2 di mana ia menghasilkan impak sifar bersih pada alam sekitar.

             - Shaklee membuka Ibu Pejabat Sedunia dengan bangunan yang direka menggunakan bahan-bahan yang bertahan, termasuk kayu, permaidani dan plastik yang dikitar semula.

2004 - Shaklee membekalkan tenaga kepada atlet-atlet bertaraf dunia bagi memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece.

2005 - Shaklee memperkenalkan satu daripada formula keimunan penggalak interferon pertama yang dinamakan 'Nutriferon' .

2006 - Shaklee terpilih sebagai Pemimpin Cuaca EPA Amerika '(U.S.EPA Climate Leader)' untuk memelihara impak sifar bersih pada perubahan cuaca dan mengimbangi pembebasan 100% gas rumah hijau olehnya menjangkau tahun 2009.

2007 - Shaklee memperkenalkan siri pengurusan berat badan yang dikenali sebagai'Cinch' dan siri penjagaan rumah yang semulajadi dan tidak bertoksik digelar 'Get Clean'.

2008 - Shaklee memperkenalkan 'Vivix', penemuan revolusi terbaru dalam anti-penuaan sel. 

2010 - Shaklee memperkenalkan produk terbarunya 'Get Clean Water Pitcher'. Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras dan tidak memerlukan kuasa elektrik. Murah, mudah dan menandingi jenama terkemuka lain.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B