Ogos 15, 2014

Home » » Psoriasis

Psoriasis




Apa itu penyakit psoriasis
Penyakit psoriasis merupakan keadaan kulit yang tidak normal yang mana kulit penghidap penyakit kulit psoriasis menebal dengan lebih cepat daripada kulit yang normal. Kawasan yang mana biasa dihidapi oleh penyakit psoriasis adalah pada kulit kepala, lutut dan siku. Walaubagaimanapun psoriasis boleh juga menjangkiti di bahagian badan lain termasuklah kuku dan tulang.
Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.
Contoh+keadaan+kulit+psoriasis+yang+jelas+dipermukaan+kulit penyakit psoriasis penyakit kulit psoriasis penyakit kulit
penyakit psoriasis
Tanda-tanda penyakit kulit psoriasis
Tanda penyakit kulit ini adalah berlainan pada setiap orang dan termasuklah :
  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah di kulit kepala, siku, lutut dan pada bahagian-bahagian lain badan.
  • Rasa gatal tetapi di tahap yang berbeza-beza
Penyebab penyakit kulit psoriasis
Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:
  • Infeksi
  • Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
  • Tekanan
  • Kecederaan pada kulit
  • Cuaca
  • Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol
Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.
Jenis-jenis penyakit psoriasis
- Paling biasa adalah penyakit psoriasis yang ber tompok
- Pada kanak-kanak kebiasanya terdapat guttate psoriasis.
- Jenis penyakit kulit psoriasis teruk yang memerlukan rawatan hospital adalah dipanggil erythrodermic psoriasis
- Lampin psoriasis
- Pustular psoriasis merupakan bentuk penyakit psoriasis yang berkeadaan sangat teruk yang mana boleh menimbulkan kesakitan
- Guttate psoriasis
- Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)
Antara langkah-langkah penjagaan psoriasis
1) Kena menjaga pemakanan.
Elakkan daripada makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan boleh berlaku pada anda seperti Makanan Laut. Memang sedap kalau dapat makanan laut tapi kena ingat kesanya pada pesakit akan menyebabkan kegatalan dan menyebabkan kulit menjadi luka dan kemerah merahan. Makanlah makanan yang dikata baik untuk kesihatan
2) Digalakkan sukan tetapi biar bersih.
Pesakit digalakan bersukan bagi mengurangkan tekanan dan menyihatkan badan tetapi jangan biarkan peluh menjadi punca kepada kegatalan dan ruam. Kalau boleh lepas main bersukan terus bersihkan badan.
3) Berjemur waktu pagi
Mendapatkan cahaya matahari yang cukup pada waktu pagi sangat-sangat membantu pesakit mendapatkan vitamin dari cahaya matahari (baik untuk kulit). Ingat!!! waktu pagi bukannya tengah hari. Kalau korang duk berjemur tengah hari itu cari masalah namanya.
4) Give some air and space for your skin.

Bagi ruang pengudaraan yang baik bagi kulit bagi mengelakan peluh yang terperap dan menyukarkan mendapat cahaya kena pada kulit. Senang skit kulit tue nak bernafas.

5) Pakai pelembab atau krim

Bagi mengekalkan kelembapan kulit, disarankan untuk menggunakan krim pelembab atau krim berasaskan coal tar (arang) atau kortison yang disarankan oleh doktor. Make sure dapatkan rawatan dan nasihat dari pakar kulit bagi menentukan tahap keseriusan penyakit dan kaedah rawatan yang terbaik bagi mengatasi masalah anda.

6) Bebaskan diri anda dari TEKANAN.
Stress dan tekanan adalah salah satu pemangkin atau penggalak kepada berlakunya psoriasis. Hipotesisnya senang jer, semakin ada stress semakin banyak psoriasis tumbuh. Maka korang kena pilih cara hidup paling sihat dan kalau tekanan itu cepat cepat pergi happy-happykan diri anda dengan cara tersendiri.
TESTI PENDERITA Psoriasis.

Cadangan suplemen:

vivix:      menjana pertumbuhan sel baru dan melawan sel abnormal
alfalfa:   merencatkan pertumbuhan fungal dan bakteria
vitamin c: menggalakkan penghasilan kolagen dan mengikat kolagen pada kulit
GLA:      memberi kelembapan berterusan pada kulit dari dalam tanpa perlu pesakit bergantung kepada losyen atau krim pelembap.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B