Ogos 01, 2014

Home » » JEM NENAS

JEM NENAS

RESEPI JEM NENAS

JEM NENAS:

3 biji nenas masak ranum
3 cup gula atau less pun boleh

itu jer...

1.Bersihkan nenas.Buang kulit dan mata-mata.
2. Potong isi tapi tangkai tengah-tengah tu buang. Mak saya panggil tangkai tu badul.
3. Blender isi nenas. Letak air sikit dalam blender tu supaya senang nak blend.
4. Nenas yang siap diblender dimasukkan ke dalam periuk yang elok. Gula masuk sekali.

Guna periuk yg elok seperti non stick pot supaya tak perlu la penat2 kacau nanti. Jem tak melekat pada permukaan bawah periuk dan elak hangit walaupun kacau sekali sekala.

Untuk dijadikan jem biarkan hasil masakan agak cair. Jika untuk inti biskut atau tart, hasil masakan di masak sehingga menjadi sangat likat.

Untuk kesan aromatic, anda boleh masak resepi ini bersama mana-mana bahan berikut:

-daun pandan
-esen vanilla
-gula perang/gula melaka untuk rasa manis lemak (yg ni sedap sangat)
-kulit kayu manis

Selamat mencuba.

Mary Jaungin

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B