Jun 18, 2014

Home » , , , , , , , , , » Kesuburan dan kemandulan

Kesuburan dan kemandulan

KESUBURAN DAN KEMANDULAN WANITA

Dianggarkan 30% daripada masalah kemandulan (kesuburan) berpunca daripada pihak suami manakala 30% lagi dari isteri.

Apabila janin yang berjantina perempuan terbentuk dalam rahim ibunya, ia dibekalkan hampir 2 juta bakal benih tersimpan di dalam sepasang kilang telur atau ovari.

Kedua-dua belah ovari yang terbentuk di bawah kedua-dua buah pinggang akan turun perlahan-lahan ke arah pinggang dan terletak di kedua-dua belah rahim.
Telur-telur ini tidak akan berfungsi sehinggalah gadis tersebut mencapai umur matang.

Kesannya hanya 50,000 biji telur yang tinggal dan berupaya mengembang apabila perlu untuk menjadi telur yang matang.

Ovari akan mula berfungsi menghasilkan benih-benih yang matang apabila menerima rangsangan hormon FSH dan LH dari organ pitnitari otak. Secara am, kedua-dua belah ovari bergilir-gilir menghasilkan telur bagi setiap pusingan haid.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Jenis-jenis Kemandulan:

1. Kemandulan primer - mereka yang tidak pernah hamil atau melahirkan cahaya mata.

2. Kemandulan sekunder - mereka yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat, samada mangalami keguguran, atau kandungan yang tidak cukup bulan.

Punca Kemandulan:

1.Kurang rangsangan hormon dari otak -

Terdapat beberapa penyakit atau keadaan yang mempengaruhi penghasilan telur
kemurungan (depression) atau kesedihan yang amat sangat
kerunsingan atau ketegangan seperti menghadapi peperiksaan atau bermasalah.

2.Masalah Ovari (kilang telur)

  • Jangkitan bakteria atau virus - Menyebabkan kerosakan secara menyeluruh terhadap kedua-dua ovari. Telur yang tidak sihat dapat dihasilkan atau dirangsang menjadi matang. Virus yang berkaitan ialah virus 'mumps' yang mengakibatkan bahagian kelenjar air liur bengkak.

  • Rawatan radioterapi atau antikanser - Mereka yang menjalani rawatan radioterapi pada bahagian pinggan atau tulang pinggul, terdapat kemungkinan tisu-tisu ovari termasuk telur akan musnah.


3.Sindrom polycystic ovari (PCOS)

  • Satu keadaan di mana terdapat ketidakseimbangan hormon dari pitnitari.
  • Biasanya bertubuh gemuk dan ada kalanya mereka mempunyai misai atau janggut.
  • Pusingan haid tidak menentu dan kadang-kadang tiada haid selama 6 bulan atau lebih.
  • Walaupun mempunyai telur yang banyak pada keadaan yang tidak sesuai ia tidak dapat membesar atau pecah untuk mengeluarkan benih.


4.Sindrom turner

  • Wanita yang lahir tanpa ovari atau memiliki rahim yang kecil serta bertubuh kecil.
  • Mereka tidak mempunyai pusingan haid dan tidak subur kerana mereka tiada benih.


5.Masalah saluran fallopian -

Penyumbatan saluran atau kehilangan menyukarkan penyedutan benih dari telur yang pecah bersama-sama sperma untuk melakukan persenyawaan. Ia berpunca daripada:

  • Jangkitan saluran fallopian.Puncanya seperti:

      - Berlaku jangkitan penyakit kelamin atau bakteria selepas melahirkan atau menggugurkan         kandungan.
       - Akibat jangkitan kuman TB
       -'endometriosis' atau senggugut
  • Saluran follopian tidak bersambung

   - Wanita yang dilahirkan dengan saluran follopian terbantut dan tidak bersambung di hujungnya.

6. Masalah rahim

  • Fibroid, polip atau adenomiosis

Ketumbuhan fibroid dan polip dalam rahim atau senggugut pada dinding rahim boleh menghalang janin melekat pada dindingnya. Ia boleh membentuk pada mana-mana bahagian rahim dan membesar mengikut masa.

Adenomiosis ialah keadaan senggugut di mana selaput rahim memasuki ke dalam dinding rahimKeadaan ini menyebabkan kandungan haid yang banyak sehingga darah keluar berketul-ketul.

  • Jangkitan rahim

Jangkitan penyakit kelamin atau TB boleh merosakkan selapur rahim sehingga is tidak sesui menerima janin.Sperma boleh mati akibat keadaan toksik dalam rahim

  • Lapisan selaput rahim terlalu nipis

-Ketika melalui operasi mencuci rahim (D&C) kerana pendarahan atau keguguran
-Ketika haid terdapat beberapa titik darah yang keluar atau tiada langsung
  • Masalah pangkal rahim

-Pintu rahim tersumbat
Operasi D&C atau jangkitan pangkal rahim menghalang sperma memasuki rahim.

-Jangkitan faraj atau pintu rahim
Keluarnya keputihan yang gatal (jika jangkitan kulat), lendir kekuningan atau kehijauan jika jangkitan kuman.Bau agak busuk dan bahagian luar kemaluan menjadi kemerah-merahan.
7.Antibodi terhadap sperma

Penghasilan antibodi dalam cairan pangkal rahim boleh menjejaskan pergerakan sperma dan mati apabila memasukinya.

8. Masalah telur

  • Telur yang kurang berkualiti

Walaupun telur banyak dihasilkan namun ia kurang berkualiti meskipun berlaku persenyawaan.Ia biasanya berlaku pada wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

  • Telur berkulit tebal

Ia menyukarkan sperma yang paling aktif untuk menembusinya sekali gus menghalang persenyawaan. Sekiranya sperma berjaya menembusinya janin yang terbentuk akan terbentuk pertumbuhannya atau luput terus di dalamnya.


Cadangan Suplemen Shaklee:

Untuk wanita berusia, omega guard dan COQ  amatlah digalakkan untuk menghasilkan telur yang berkualiti dan sihat. Ini kerana, pada usia yang lewat, janin yang terbentuk daripada telur yang abnormal besar kemungkinan akan menghasilkan bayi bermasalah seperti Down Syndrome, Autisme dan masalah kesihatan lain.

Untuk konsultasi mesra dan peribadi anda boleh menghubungi saya terus secara SMS/WhatApss atau call.

Mary Jaungin
Shaklee Independent Distributor
0133403848
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B