Mei 19, 2014

Home » , , , , , , , , , , , » B complex shaklee:Kelebihan dan Kebaikan

B complex shaklee:Kelebihan dan Kebaikan



Vitamin B Complex Shaklee

Pengambilan suplemen boleh mengurangkan risiko jatuh sakit kerana penambaikan pada tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.  B Complex Shaklee sangat membantu dalam mengurangkan stress dan risiko penyakit-penyakit kronik.

Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stress?

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin. Disenaraikan ialah kebaikan setiap vitamin B dalam B Complex Shaklee.
  • Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma.
  • Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
  • Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 
  • Vitamin B5~mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya
  • Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual.
  • Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit.
  • Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya.

Perbezaan Vitamin B Complex Shaklee dengan jenama lain.

  1. B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.
  2. Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.
  3. Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 
Mengapa ada kesan warna kuning terang pada urin?

Vitamin B adalah vitamin larut-air yang semulajadi; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.

Tetapi, harus diingat bahawa pengambilan berlebihan pun tidak bagus sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita. Itu sebabnya Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dengan melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.

Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ?

1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut - B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. 

5) Kesihatan Mata - B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan Senggugut - B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8)  Mengurangkan risiko mendapat Perleche - B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.

Apakah Kesan Utama Akibat Kekurangan Vitamin B ?

1) Keletihan.
2) Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria.  
3) Lemah Ingatan
4) Sakit Lidah
5) Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat
6) Anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa.  
7) Masalah Kulit (Skin Lesions)
8) Insomnia - gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur.    
9) Jantung Membesar
10) Kecacatan tulang belakang pada fetus

Kesimpulannya, B Complex Shaklee adalah cara semulajadi untuk melawan stress/tekanan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan.


credit to naturalvitaminshop.blogspot
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B