Ogos 01, 2014

JEM NENAS

RESEPI JEM NENAS

JEM NENAS:

3 biji nenas masak ranum
3 cup gula atau less pun boleh

itu jer...

1.Bersihkan nenas.Buang kulit dan mata-mata.
2. Potong isi tapi tangkai tengah-tengah tu buang. Mak saya panggil tangkai tu badul.
3. Blender isi nenas. Letak air sikit dalam blender tu supaya senang nak blend.
4. Nenas yang siap diblender dimasukkan ke dalam periuk yang elok. Gula masuk sekali.

Guna periuk yg elok seperti non stick pot supaya tak perlu la penat2 kacau nanti. Jem tak melekat pada permukaan bawah periuk dan elak hangit walaupun kacau sekali sekala.

Untuk dijadikan jem biarkan hasil masakan agak cair. Jika untuk inti biskut atau tart, hasil masakan di masak sehingga menjadi sangat likat.

Untuk kesan aromatic, anda boleh masak resepi ini bersama mana-mana bahan berikut:

-daun pandan
-esen vanilla
-gula perang/gula melaka untuk rasa manis lemak (yg ni sedap sangat)
-kulit kayu manis

Selamat mencuba.

Mary Jaungin

TIDUR:Kesan tidur terhadap kanak-kanak

oleh Mary Jaungin

Tidur adalah aspek yang tidak kurang pentingnya daripada makanan, minuman, atau keselamatan dalam kehidupan kanak-kanak. Walaupun ini kelihatan jelas, ramai di antara kita sebenarnya tidak menyediakan keperluan anak-anak kita untuk mendapatkan tidur yang kritikal  diperlukan untuk membangun dan berfungsi dengan baik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa rutin tidur yang teratur tidaklah begitu penting. Masa tidur kanak-kanak di sebelah siang (napping time) sering terjejas dengan aktiviti selepas waktu persekolahan yang tepu.

Tak cukup tidur atau rutin tidur terganggu akan memberi kesan berpanjangan seumur hidup terhadap kanak-kanak.Ini kerana tidur memberikan peluang kepada tubuh untuk berehat, mengecas tenaga, bertumbuh, membina dan memperbaiki sel-sel tubuh. Tidur menjadikan minda kita lebih berwaspada dan tajam.

Kanak-kanak yang  tidak mempunyai rutin tidur yang baik  biasanya:
- emosi kurang stabil
-tidak cerdas, lesu dan mudah sakit
-kurang fokus dalam pembelajaran
-terlalu hyperaktif atau sebaliknya
-penampilan yang tampak tua dari usia
-keperibadian yang kurang menarik


Terdapat banyak kes dimana kanak-kanak istimewa seperti autisme menjalani rutin tidur yang mencabar. Seperti sukar tidur, tempoh tidur dalam sehari yang kurang atau corak tidur yang berbeza dengan kanak-kanak biasa.

Ibubapa digalakkan:
-menutup semua alat elektronik atau gadget yang boleh menarik perhatian kanak-kanak
-Setkan suasana pencahayaan yang malap
-alunan muzik yang menenangkan
-tidak memberikan terlalu banyak makanan dari sumber protein dan glukosa
-Amalan memberikan susu hangat sebelum tidur
-Mengadakan bedtime story untuk mewujudkan perasaan tenang, selamat dan gembira
-Membekalkan nutrisi DHA dan EPA yang kritikal untuk fungsi otak yang sihat


Jika kanak-kanak cenderung memilih makanan sihat dan seimbang, ibu bapa boleh memberikan kanak-kanak ;

1)MealShake untuk membekalkan nutrisi lengkap dan menambahkan selera makan bagi picky eater.Maka, mudah untuk kanak-kanak menerima apa jua menu sihat yang diberikan kepada mereka.

2)Omega Guard Shaklee iaitu sumber DHA dan EPA. Ianya membantu tidur yang lebih nyenyak, emosi yang lebih stabil, menurunkan kolestrol, mengembalikan berat badan ideal si kecil dan menjaga/memulihkan kulit dan rambut bermasalah.
------------------------------
Saya Shaklee Distributor di Sabah. Konsultasi mesra dan bimbingan percuma.

Mary Jaungin
COD :TUARAN/ TENGHILAN /KB/Kk
Pengeposan SEGERA dengan Pos Laju dan Gdex  produk pesanan anda, di seluruh Malaysia.


♥SMS/WHATAPS :0133403848
♥PAGE:baraitborneo
♥BLOG:baraitborneo.blogspot.com
♥EMAIL:baraitborneo@gmail.com
♥INSTAGRAΜ: imaryjaungin

visit blog saya untuk mengetahui SID terdekat anda di area Sabah.