Februari 21, 2015

Home » FB medan perang

FB medan perang

Sharing from someone. Jadi chained message dalam wasup. Info yang sangat baik. So silakan readers baca jika bermanfaat.

Ok, sebelum saya mulakan…saya nak tanya sesuatu…anda berniaga di fb menggunakan personal acc fb atau fb page? Jika ada page, pernah tak anda post sesuatu yang sama di page dengan di personal fb? Ape yg anda perasan? Di manakah lebih banyak dapat respon ?

Jika di page, hanya berapa % je yang nampak post kita tu….klau nak lebih audience, perlu buat fb ads, perlu keluar duit untuk iklan & promote. Selepas fb ads & promote pun, masih lagi bukan semua yg like page kita tu akan nampak post tu sebab fb mmg dah hadkan jumlah audience. Takkan la setiap kali post nak kene keluar duit utk promote & fb ads? Sgt rugi kt situ.

Pengalaman saya sendiri, tahun lepas memang saya dah spend beribu rm untuk fb ads, utk ebook-ebook pemasaran fb yg rata-rata semua menekankan fb ads. Asyik keluar duit je untuk dapat feedback org ramai. Bermula tahun 2014 ni, saya dah stop guna fb ads & dah remove rekod kredit card dari payment method fb sy. Bila saya cuma post di page & personal fb, mmg sangat la kurang audience..sales pun makin kurang. Sampai bila kt nak bergantung pd fb ads je?

Bulan Mei yang lepas saya join Personal Coaching berbayar untuk dapatkan TIPS ni dan saya terus guna. Alhamdulillah…syukur sangat2…fb sy mula dibanjiri rakan2 baru dan rakan lama yang selama ni diam pun muncul. Setiap hari sy dapat customer dari rakan baru…rakan lama pn ramai yang tiba-tiba muncul untuk beli produk yg sy jual….Allah Maha Pemurah…

TIPS GEGAR FB

• Tanpa modal
• Strategi jangkamasa panjang
• Free database
• Targeted prospect
• Hanya guna personal fb, bukan page.

1. KUMPUL TARGETED FRIEND.

• Sebaiknya perlu lebih akaun fb. Cth 1 akaun fb blh maksimum 5000 rakan, jika ada 3 akaun fb…dah ade 15,000 rakan prospect. So..sgt penting untuk penuhkan kuota rakan 5000 tersebut. Kalau sehari dapat jual kt 5 orang,, ok tak…? Kalau brg tu untung RM10 je pun, 5 orang dah ade RM50 income sehari… Kalau dropship produk yg dpt komisen RM10 pun dah ok sgt. X perlu keluar modal untuk beli stok, x perlu nak urus packing brg & pos. Yang penting....targeted prospek.

• Untuk memenuhkan kuota 5000 rakan tersebut, perlu tambah rakan baru setiap hari…tetapi jangan sebarangan tambah rakan, silap2 kene block plak ngn fb…huhu. So..nk tambah rakan pun ada tips penting. Untuk elak dari kene block & untuk dapat targeted prospect.

• Untuk akaun fb lama, hanya tambah rakan yang ada ‘Mutual Friend’ shj. JANGAN add jika tiada mutual friend…sbb jika byk add yg tiada mutual friend tu yg akan kene block nnt. Cth mcm sy, hanya add rakan yg ade lebih3 orang mutual friend, sbb pernah jg sy add yg ade sorang je mutual friend, then fb display warning….huhu. TP bila sy add yg ade ramai mutual friend, so far Alhamdulillah mmg xde dpt warning dh. Sekiranya dah add ramai sangat sehari tu, then fb display warning & kena masukkan kod tu…lps isi kod tu, stop add friend dah…sambung esok hari plak. Kalau lps masuk kod tu then terus add lg, ade kemungkinan akan kene block la nnt…hehehe.

• Untuk akaun fb yg baru buat…hanya add 7 orang je dalam tempoh sejam. Setiap sejam add 7 orang shj…jgn lebih…sbb takut kene block.

• Untuk dapat targeted prospect pula…tempat anda add friend tu yg penting. Dari mana anda lihat friend tu….makesure tempat yang betul. Cth tmpt yg betul adalah page2 fb pesaing atau pun page2 fb yang berkaitan dgn produk perniagaan anda. Ingat ye…page pesaing hanya tmpt untuk anda add friend shj…bukan untuk anda promosi perniagaan anda kpd pelanggan pesaing tersebut.

• Macam mn nk add friend kt page2 tersebut? Ok…tengok post yang terbaru sekali maybe dalam tempoh sejam…then tengok jumlah like post tersebut….cth jika ade 50 likes…so klik kt 50 likes tu…nnt akan keluar list nama 50 orang yg like td. Tengok list nama tersebut, kalau ade mutual friend..boleh la add…. Penting untuk add yg like post terbaru shj sbb orang yg like tu adalah orang yg tengah aktif waktu itu…so dia blh approve cepat & lg cpt kt ade hubungan rakan. Cth…jika jual baju2 baby…so cari page berkaitan baby…or page2 mommies ke…

2. BERKENALAN DENGAN RAKAN BARU.

• Selepas add rakan baru, perlu ada hubungan…perlu berkenalan.

• Tunggu selepas rakan baru accept friend request, then terus hntr mesej (pm) rakan bru tersebut. Tujuan pm ini adalah untuk adaka hubungan dalam fb. Once kita dah pm rakan tu…dia akan selalu nampak apa yg kita post kt wall fb kita.

• Sebelum ni tak ramai rakan yg nampak post kita sebab tiada hubungan…dah lama tak berhubung…so makin lama akan makin jauh dan rakan itu tak nampak dh post kita dalam newsfeed dia.

• Hanya hantar pm yg ringkas dan padat…plg pnjg pun 3 ayat je. Cth : ‘Hai. Terima kasih sudi jadi rakan. Semoga hubungan rakan berkekalan.’

• Jangan sekali-kali terus pm untuk promote perniagaan anda, PANTANG LARANG KERAS. Biasanya orang tak suka la kita ni baru kenal tiba2 je pm nk promote brg….so..elakkan ye.

3. TARIK PERHATIAN RAKAN

• Perlu aktifkan fb untuk tarik perhatian rakan. Setiap hari post something yg menarik berunsur maklumat, lawak jenaka atau keagamaan.

• Rakan baru yg kita dah pm td memang akan nampak post kita di fb…jika post kita menarik, mereka akan like. Bila dah like, rakan2 mereka akan nampak aktiviti ini…termasuklah mutual friend iaitu rakan lama kita…ini akan menarik kembali rakan lama untuk muncul & nampak post kita di newsfeed fb.

• Lagi bagus post something yg perlukan respon rakan untuk komen. Tapi kebanyakan rakan lbh mudah untuk like je…cepat…. Cth mcm sy sendri if on9 dr hp je…bila tgk post rakan2,,,hanya like je yg mampu…nk cpt. Kalau on9 kt pc..byk ms..blh la nk komen2 gak…hehe.

4. JADIKAN RAKAN SEBAGAI CUSTOMER.

• Tugas ini agak sukar sedikit…perlu ayat2 yg sangat menarik dan memukau.

• Post tentang biz or produk yg dijual…cerita kebaikan & kelebihan. Post gambar testimoni ke…aktiviti harian dlm biz ke…gmbar2 produk tgh packing nk pos ke…ape2 je yg berkaitan biz n menarik.

• Rakan baru & lama yang dah muncul akan nmpk post tersebut…dan mereka akan like. Tetapi ramai juga rakan yang jenis berminat nk beli or nk tau detail..tp mereka tak komen or like post tersebut…tp mereka terus pm untuk bertanya…

• Jika ada rakan yg komen di post tersebut lg bagus,sbb rakan dia yg lain akan nampak & jika mereka berminat, mereka akan add friend dgn kita & turut komen or pm.

5. LUASKAN PASARAN

• Selain di fb, wajib ada blog dan twitter atau Instagram.

• Blog trsangat penting dalam biz online. Kt perlu aktif menulis ape2 info berkaitan biz kita dan cerita ttg produk perniagaan di blog. Ini adlh untuk tarik traffic lagi tinggi. Pastikan masukkan badge fb di blog supaya dapat link, so pembaca blog akan masuk kef b kita dan menjadi rakan.

• Blog juga penting sebab jika pelanggan cari produk yg diinginkan di google, maka blog kita akan termasuk dalam senarai di google.

Ok..tu je...hehe.

TQ

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B