Zuriat:Pasangan kurang kesedaran
“Doktor saya sudah berkahwin selama setahun, tetapi masih belum hamil. Bagaimana cara untuk cepat dapat anak kerana ibu sudah bising dan bertanya bila dia dapat menimang cucu. Saya sangat tertekan, tambahan pula dengan pertanyaan rakan di pejabat yang mengatakan saya merancang sedangkan saya tidak menggunakan sebarang perancang keluarga,” kata Maslina, 30, ketika bertemu pakar sakit puan bagi membincangkan masalah kesuburannya.
Sukar hamil atau masalah kesuburan antara masalah kesihatan yang perlu dipandang serius. Menurut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, dari 1963 sehingga 2014, jumlah kadar kesuburan semakin menurun daripada 6.1 kepada 2.1. Walaupun ia belum ke paras drastik seperti Hong Kong, Korea dan Singapura, penurunan ini sudah tentu mengurangkan populasi dan menyumbang kepada fenomena serius populasi yang semakin tua pada masa depan sekali gus mempengaruhi ekonomi negara.
Situasi ini berlaku disebabkan ramai wanita berkerjaya menangguhkan perkahwinan atas sebab kerjaya manakala mereka yang sudah berkahwin pula tidak mahu hamil atas alasan kewangan serta membeli keperluan seperti rumah dan kereta.
Ada pula yang memikirkan aspek kos penjagaan anak dan tempat asuhan kanak-kanak menyebabkan mereka merancang untuk tempoh lama. Apabila kewangan mencukupi dan bersedia untuk hamil, pada masa itu kesuburan pun menurun disebabkan usia lanjut.
Ini diakui oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pusrawi Dr Natasha Ain Mohd Nor apabila menjelaskan ramai pasangan Malaysia kurang kesedaran mengenai kesuburan dan menganggap mereka boleh hamil seperti biasa tanpa memikirkan kepentingan faktor usia yang mempengaruhi tahap kesuburan mereka.
“Sebab itu ada yang melambat-lambatkan perkahwinan, ada yang sudah berkahwin menangguhkan peluang untuk hamil dan tidak bertemu doktor apabila tidak mengandung selepas usia perkahwinan menjangkau enam bulan ke setahun. Apabila sampai waktu mereka bersedia mengandung, peluang untuk hamil lebih rendah disebabkan masalah kesuburan,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, pasangan itu dikatakan mengalami masalah kesuburan apabila gagal hamil selepas satu tahun melakukan hubungan kelamin yang kerap tanpa penggunaan sebarang kontraseptif. Bukti statistik menunjukkan 84 peratus daripada pasangan akan hamil dalam tempoh setahun bersama manakala kira-kira 90 peratus daripada pasangan akan hamil dalam masa dua tahun mencuba.
“Apabila melalui keadaan ini, pasangan diminta bertemu doktor kesuburan bagi mencari punca masalah. Bagi yang mengalami haid tidak teratur atau senggugut yang teruk tidak perlu menunggu sehingga setahun, sebaliknya perlu bertemu doktor apabila tidak hamil dalam tempoh enam bulan. Begitu juga wanita yang berusia 35 tahun ke atas tidak seharusnya melengahkan rawatan kesuburan yang diperlukan.
Lelaki juga kurang subur
Apabila berbicara mengenai faktor kesuburan, bukan hanya golongan wanita dikaitkan dengan kemerosotan kesuburan, golongan lelaki juga menghadapi masalah sama. Ini berdasarkan kajian yang mengaitkan 35 peratus berpunca daripada wanita, 35 peratus lelaki , 20 peratus disebabkan kedua-duanya manakala 10 peratus sukar ditentukan punca.
Berdasarkan pengalaman menjalankan rawatan kesuburan, Dr Natasha tidak mempunyai masalah menjalankan pemeriksaan ke atas lelaki sekiranya diperlukan. Apabila wanita bertemu doktor biasanya mereka ditemani pasangan, jadi mereka membuat pemeriksaan bersama-sama.
“Antara faktor yang menyumbang kepada masalah kesuburan wanita apabila mereka tidak dapat mengeluarkan telur matang untuk persenyawaan yang dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). Selebihnya disebabkan jangkitan saluran peranakan dan endometriosis.
Malah gejala obesiti kini turut menyumbang kepada ketidaksuburan dalam kalangan wanita Malaysia.
“Apabila seseorang itu gemuk, paras hormon individu itu menjadi tidak seimbang dan berlaku masalah telur tidak matang manakala ovulasi tidak berlaku setiap bulan,” katanya.
Bagi lelaki pula, gaya hidup tidak sihat, merokok serta pertambahan usia menyebabkan sperma mengalami penurunan satu peratus setiap tahun. Ditambah kehidupan yang semakin mencabar, ramai pasangan hanya melakukan seks seminggu sekali atau langsung tidak bersama dalam tempoh yang lama menyebabkan pasangan wanita mereka sukar hamil.
Rawatan kesuburan
Untuk memastikan punca ketidaksuburan, pasangan perlu menjalani ujian kesuburan. Namun sebelum ujian dijalankan, pakar ginekologi mencatat latar belakang pasangan kerana maklumat seperti tempoh perkahwinan, sejarah mengandung, kitaran haid dan masalah perubatan sangat penting diketahui.
Seterusnya, beberapa saringan ujian untuk pasangan perlu dijalankan bagi memastikan punca dan rawatan kesuburan yang sesuai diberikan.
Bagi wanita, ujian darah dilakukan bagi mengetahui paras hormon tertentu. Kemudian imbasan pelvis dijalankan untuk menguji sama ada terdapat ketidaknormalan pada rahim atau cyst pada kilang telur. Sekiranya kedua-dua ujian ini normal, barulah saluran peranakan atau tiub fallopio diperiksa untuk mengetahui keadaan saluran peranakan.
“Terdapat dua kaedah yang biasa dilakukan untuk memeriksa saluran peranakan iaitu Hysterosalpingogram (HSG) iaitu dengan memasukkan cecair khas melalui pangkal rahim dan beberapa imbasan sinaran-x bahagian pelvis diambil untuk mengetahui sama ada saluran peranakan tersumbat atau tidak.
“Kaedah kedua ialah menerusi pembedahan yang dinamakan ‘Diagnostic laparoscopy and dye’ apabila pesakit diberi bius penuh dan teropong kamera dimasukkan melalui hirisan halus pada bahagian pusat. Bahagian dalam perut, rahim dan saluran peranakan dapat dilihat dengan jelas untuk mengetahui punca ketidaksuburan.
Bagaimanapun amalan pengambilan nutrisi yang betul mampu menjaga,dan menggalakkan tahap kesuburan suami isteri.Diet dengan sumber yang tepat atau amalan suplemen yang betul mampu mempercepatkan dan menyediakan tubuh manusia untuk kehamilan.
Shaklee dengan suplemen semulajadi berkualiti antarabangsa (sejak 1959) telah membantu ramai pasangan mendapatkan cahaya mata.
Untuk konsultasi peribadi yang mesra hubungi saya Mary Jaungin, agen Shaklee mesra anda.
Saya Shaklee Distributor anda. Konsultasi mesra dan bimbingan percuma.
Mary Jaungin
COD :TUARAN/ TENGHILAN /KB/Kk
Pengeposan SEGERA dengan Pos Laju dan Gdex produk pesanan anda, di seluruh Malaysia.
♥SMS/WHATAPS :0133403848
♥PAGE:baraitborneo
♥BLOG:baraitborneo.blogspot.com
♥EMAIL:baraitborneo@gmail.com
♥INSTAGRAΜ: imaryjaungin
Credit to Siti Zarinah Sahib/My Metro
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
TQ for leaving your comment. Feel free to revisit B.B