Mei 29, 2014

DTX Complex Shaklee: Kelebihan dan Kebaikan


DTX Complex Shaklee
  • Menolong memelihara aliran hempedu
  • Bahan-bahan botanical melindungi sel hati
  • Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksik
DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.Ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

*Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alcohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia untuk menjalankan fungsi-fungsi kritikal*

Fungsi Hati:

1)Hasilkan rembesan hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K, dan membantu mengasimilasikan kalsium.Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.

2)Bertindak sebagai detoksifikasi

Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin.Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alcohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.

Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

3)Mengawal paras gula dalam darah

Dengan menukarkan tiroksina – hormone tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukarkan kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormone seperti estrogen adrenalin, dan insulin.

4)Penting dalam metabolisma lemak

Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dalam gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Formulasi yang Dipaten Dalam DTX Complex Shaklee:

1.Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)


 Milk thistle seed

 Mengandungi 80% silymarin yang kaya dengan bahan antioksida.
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alcohol.
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.
2.Articok (Artichoke)


                                                     Articok (Artichoke)
  • Membina semula sel-sel hati.
  • Merangsang pengaliran hempedu.
3.Dandelion


Dandelion
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice.
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu.
  • Membantu mencegah batu karang.
  • Membantu merawat endometriosis. 
  • Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser.
  • Merendahkan paras gula dalam darah. 
  • Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.
4.Kunyit (Turmeric)


Kunyit (Turmeric)

  • Mengandungi curcumin; bahan anti-oksida.
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.
5.Reishi mushrooms (Ling zhi)



Reishi mushrooms (Ling zhi)

  • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser.
  • Mengurangkan masalah bronchitis, dan sinustitis.
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik.
  • Membantu mencegah penyakit jantung.

5.Schizandra


Schizandra

Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida.Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin


sumber:jom vitamin
posted from Bloggeroid

Advanced Joint Health Tablet:Kelebihan dan kebaikan



Shaklee Advanced Joint Health Tablet Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.

Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:

1.Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya.Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

2.Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C).

3.Sebagai nutrien penting dalam kesihatan sendi; zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Kekalkan kesihatan sendi, yang aktif dan lasak terutama sekali gologan dewasa dan warga tua. Bagi jutaan orang yg mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar. Elakkan ketidakselesaan sendiri menghalang anda daripada bergerak aktif dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari. Pencegahan awal boleh menjadikan anda sihat pada masa akan datang. Sama ada anda penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

Kenapa harus AJHT?

Bebas Kondroitin-

TIDAK MENGANDUNGI  kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan baik bila diambil secara oral.Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap

Apakah perbezaan bahan-bahan yang terkandung di dalam AJHT dengan jenama lain yang terdapat di pasaran?


AJHT mengandungi bahan-bahan (di bawah), manakala kebanyakan jenama-jenama lain hanya bebas kondroitin sahaja..

~Extrak Boswellia
~Bebas Kondroitin
~Formula sayur-sayuran
~Vitamin C
~Zink,tembaga & mangan

Jom sama-sama memelihara sendi supaya kuat,fleksibel dan bebas bergerak


sumber: celikvitamin.blogspot
posted from Bloggeroid

Herb-Lax Shaklee: Kelebihan dan Kebaikan


Herb-Lax Shaklee

Manfaat Utama Herb-Lax Shaklee:
  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan dan memejalkan perut.
Sumber-sumber herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax Shaklee:
  1. Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
  2. Licorice root - membantu proses detoksifikasi
  3. Fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus.
  4. Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  5. Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  6. Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
  7. Culver’s root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  8. Alfalfa leaf - membersihkan usus, darah dan hati.
  9. Senna leaf - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak. 
 Siapa Yang Memerlukan Herb-Lax Shaklee?

-Mereka yang pengamal tegar ubat tahan sakit
-mereka yang ada masalah pembuangan kurang lancar
-mereka yang banyak jerawat
-pesakit gout
-kita yang ingin membersihkan usus.

Lain-lain manfaat :
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan bau badan
sumber:jomvitamin.blogspot

GLA Complex Shaklee: Kelebihan dan Kebaikan


GLA Complex Shaklee

GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang ditanam secara organik yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap.GLA Shaklee biasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, sakit kepala, simptom PMS dan untuk mereka yang menopause.

Ramai yang bertanggapan GLA untuk wanita sahaja. Sebenarnya GLA Shaklee juga membantu memperbaiki masalah prostat lelaki, masalah kencing manis dan darah tinggi. Ini bermakna GLA boleh diambil oleh  lelaki dan wanita.

Vitamin GLA Shaklee sesuai untuk membantu terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, masalah monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.

Perbezaan GLA Complex Shaklee dengan jenama lain.

1. Kepekatan estrak GLA

GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang ditanam secara organik yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap. Ia adalah lebih dua kali ganda GLA yg terkandung dlm EPO.Borage ini lebih 3 kali tinggi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

2. Sumber estrak GLA

Setiap kapsul GLA Shaklee mengandungi lebih 300mg GLA di mana ia sumber terbaik Omega-6. Ia turut mengandungi minyak sunflower dan juga Vitamin E.

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di  kawasan Saskatchewan. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shaklee Guard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan.

3.Kualiti tertinggi dan mengandungi vit E asli

Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.Ia juga mengandungi vitamin E yang asli yang menghasilkan kelembapan dan kemulusan pada kulit bermasalah (kering, berparut, berjerawat, kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik dll).

Manfaat Utama:

Herba tradisi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.


Mengawal selia estrogen dan testosteron – 
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.



Melambatkan menopaus
Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.


Memperbaiki prostatomegaly – 
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

Memperbaiki inflamasi kulit – 
ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

Menghalang Komplikasi diabetes – 
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan – 
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

Menghalang tekanan darah tinggi – Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.


Memperbaiki tekstur rambut – 
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.



Adakah GLA Shaklee Untuk Wanita Sahaja?



Ramai orang bersalah anggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita.
Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan.

Namun tak hairanlah mengapa GLA selalu dianggap sebagai vitamin kaum hawa, kerana GLA memberi kesan kesihatan dan kecantikan yang sangat hebat. Lihat kebaikan di bawah:

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan/ Sukar Hamil.
· Melegakan PMS (Pre-Menstrual Syndrome)
. Menangani mimpi ngeri setiap bulan iaitu sengugut teruk.
. Mengecutkan sel-sel kanser dalam organ pembiakan wanita. (Endometriosis, 
  PCOS, Cyst dan lain-lain masalah)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.


Kolagen/Shaklee Collagen Powder: Kelebihan & Kebaikan


Shaklee Collagen Powder

Shaklee collagen powder adalah suplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg
kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.

Kolagen Shaklee / Shaklee Collagen Powder adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular collagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis collagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acdophilus, Vitamin C and Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

1.Sebagai Anti Penuaan


- Mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan
- Menghilangkan kedutan dan garis-garis halus

2.Melembap
- Melembabkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal-gatal pada muka

3.Mencerah
- Mengurangi pigmentasi, jeragat dan  tona kulit tidak sekata.

4.Menegang
- Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara

5.Mengembalikan keanjalan
- Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut

6.Meningkatkan Pergerakan
- Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

7.Menyuburkan rambut
- Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar

Mengapa Collagen Shaklee Sangat laris? 
Baca 7 ramuan semulajadi Shaklee Collagen Powder

1)Sisik ikan merah (RSS- red snapper scale)

Sejumlah 4000 mg kolagen ekstrak dari sisik ikan merah (collagen Red Snapper Scale) merupakan ramuan utama dalam menjadikan Shaklee collagen powder supplemen kolagen yang unggul.

Dengan berat molekular yang sangat rendah iaitu lebih kurang 1000 Dalton menjadikan ia satu-satunya kolagen yang mudah diserap oleh tubuh seterusnya mempertingkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis pada tahap dan kadar optimum.

Tahukah anda bahawa ikan merah ini berada di kedalaman 5000 m dari paras laut?Ia menjadikan sisik ikan merah ini sumber kolagen yang premium dengan kurangnya kadar pencemaran dan tingginya kadar penyerapan kolagen oleh tubuh badan jika dibandingkan collagen dari sumber lain.

2)Ekstrak biji Camellia Japonica

Biji pokok Camelia japonica ini terdiri daripada asid oleik iaitu emolien dan pelembap kulit yang hebat dan isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3)Ekstrak Ptaffia

Ptaffia yang turut dikenali sebagai ‘ginseng brazil’ telah dibuktikan dapat membantu formasi kolagen dan asid hyaluronik apabila digabungkan dengan esktrak biji Camellia Japonica.Kemampuan luar biasa ekstrak Ptaffia yang mampu mengikat amaun air yang banyak membolehkan asid hyaluronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

3)Elastin daripada collagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, anjal dan gebu.


4)Vitamin B

Vitamin B berperanan dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protien untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan collagen di dalam sel.

5) Vitamin C


Vitamin C pula menggalakkan penghasilan collagen dan menentang radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.

6)Ekstrak kekerang

Glucosamine ekstrak kekerang adalah sangat penting dalam sintesis cecair sinovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan.


7)Lactobacillus acidophilus

Bakteria baik yang membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat seterusnya mampu meningkatkan collagen.

So, senang citer,7 ramuan semulajadi yang hebat ini digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan collagen sisik ikan merah dan menyokong kecantikan dalaman, kejelitaan wajah dan keanggunan

posted from Bloggeroid

Mei 28, 2014

Nutriferon: Kelebihan dan Kebaikan


Nutriferon Shaklee

Adakah anak anda sering sakit? Asyik demam? Kerap selsema? Senang batuk? 

Masalah demam, selsema, batuk dan sebagainya sering mengganggu kita sebagai ibu bapa sehingga tugasan harian juga terganggu. Kemungkinan besar anak-anak akan sakit kerana cuaca yang tidak menentu, atau jangkitan penyakit atau virus dari budak-budak lain. Namun, kita sebagai ibu bapa boleh “membekalkan” anak kita Nutriferon untuk mempertingkatkan sistem imun yang lebih untuk mereka menangani masalah ini.

Nutriferon dari Shaklee direka khas untuk meningkatkan sistem imun. Ia bertindak seperti tentera yg menjaga badan anak-anak dari dijangkiti penyakit.Nutriferon boleh diambil oleh semua peringkat umur dan amat digalakkan untuk mereka yang selalu demam, selsema atau batuk. Nutriferon membantu mempercepatkan anak-anak sembuh dari sakit. Ini kerana sistem imun badan kita akan dikuatkan lagi dengan pengambilan Nutriferon. Ia selamat dan jauh lebih baik dari sebarang ubat dan antibiotik.

Ibu-ibu yang masih menyusukan pun amat sesuai mengambil Nutriferon demi meningkatkan sistem imun bayi. Nutriferon amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Biasakan mengambil satu pek seminggu untuk mencegah daripada demam, selsema dan batuk. 

Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun
  • Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon.
Dr. Yasuhiko Kojima merupakan ahli imunologi yang terkenal di dunia, dan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954, di Universiti Tokyo, semasa beliau menjalankan penyelidikan. Setelah 40 tahun menjalani penyelidikan dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau berjaya menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.
  • Meningkatkan paras interferon secara semulajadi
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
  • Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia.
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  • Rumusan Berpaten Yang Eksklusif.
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?
  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.


(source: Mommy Lyna, VitaminSemulaJadi.com)

Lecithin: Kelebihan dan Kebaikan


Lecithin Shaklee

Tahukah anda, kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf dan soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin terdapat juga pada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin:
  1. Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  2. Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  3. Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  4. Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Fungsi Lecithin:
  1. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah (Faktor untuk kuruskan badan).
  2. Membantu mencegah penyakit2 seperti tekanan darah tinggi, strok, masalah berkaitan jantung, dan arteri yang mengeras.
  3. Peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan.
  4. Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Membantu sistem imunisasi.
  6. Bertindak sebagai pelincir sendi-sendi.
  7. Membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang.
  8. Membantu sistem penghadaman.
  9. Membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, germs, bakteria.
  10. Membantu mencegah eczema.
  11. Zat untuk kecantikan rambut yang sihat dan kulit yang lembut gebu.
  12. Baik untuk kecerdasan otak.
  13. Mengekalkan kelembapan kulit

Mei 24, 2014

CoQ10 HealthTM Plus Shaklee : Kelebihan dan Kebaikan


CoQ10 Shaklee atau CoQ HealthTM Plus

Ia mengandungi semua keperluan semulajadi yang terdiri daripada campuran 28mg CoQ10 yang diadun bersama Vitamin E dan ekstrak teh hijau.
Gabungan komponen ini boleh didapati di dalam kapsul bioketersediaan melalui penggunaan minyak kacang soya bagi memaksimumkan penguraian dan penyerapan CoQ10 pada kadar yang paling optimum.

CoQ10 Shaklee telah terbukti dalam:
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung.
  • Menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL.
  • Meningkatkan peredaran darah.
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.
  • Meningkatkan kesuburan ovum dan sperma bagi pasangan yang sukar hamil (contoh pasangan berusia lanjut)
5 Perbezaan CoQ10 Shaklee berbanding produk lain di pasaran

1. Kombinasi CoQ10 dan vitamin E terbukti mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E untuk memberikan perlindungan antioksida yang berterusan terhadap sel-sel tubuh.

2.  Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).

3.   CoQ10 ditemui daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi yis yang ditapai dimana sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10.

4.   Anda perlu mengambil/makan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli sehari bagi menyamai jumlah setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQ HealthTM Plus Shaklee .

5.   Tanpa gluten. Apa itu gluten? Gluten ialah protein yang didapati daripada makanan terproses seperti gandum dan barli.

posted from Bloggeroid

Performance Drink Shaklee : Kelebihan dan Kebaikan


Performance Drink Shaklee

Performance drink Shaklee berperanan dalam menyediakan karbohidrat bagi tubuh dan yang amat penting sekali ia berfungsi mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan.

Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan peroduk Performance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Performance juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara peredaran bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Manfaat Utama:
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  • Mencegah Penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
"Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja dan dicampur bersama minuman lain."
Sangat sesuai untuk : 

Para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, Athletes, fasting therapy, pre and post surgery, late night sleep, keletihan, penyahhidratan otot dan kulit, vagina yang kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan dan sebagainya.

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee :

  • Para ibu yang menyusukan anak (nursing mother).
  • Sebagai alternatif kepada oral dehydration salts bagi mereka yang muntah atau cirit birit. (sesuai untuk ibu hamil dan kanak-kanak kecil).
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?

●Bebas gas atau tidak berkarbonat.

●Kurang  kandungan gula (less sugar).

●Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!

●Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

Rekomendasi:

Sarapan : campurkan satu sudu besar untuk setiap Performance, Energizing Soy Protein dan Meal Shake

Latihan Fizikal : Campurkan 2 sudu besar dalam 500ml air dan minuman satu jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu latihan fizikal. Minum 1 jam kemudian selepas latihan fizikal untuk penyahhidratan dan mengembalikan tenaga.

Nota: Elakkan dari terdedah (simpan dalam peti sejuk selepas buka). Buang bancuhan yang tidak habis diminum selepas 24 jam dari masa bancuhan dibuat.

Garlic Complex Shaklee:Kelebihan dan Kebaikan


Garlic Complex Shaklee:

●Meningkatkan system imun
●Anti-bacteria dan anti-viral
●Menurunkan tekanan darah dan tahap kolestrol

Perbezaan Garlic Complex Shaklee dengan jenama lain:

Garlic Complex Shaklee dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif).

Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar. Ini bermakna, jika kita amalkan makan 2 tablet sehari bersamaan kita makan dua ulas bawang putih segar. Wah, memang tubuh  kita mendapat perlindungan berganda terhadap penyakit dan virus berbanding mereka yang tak amalkan makan bawang putih.

Asal Bau Garlic Complex Shaklee?

Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Inilah asal  bau garlic.

Manfaat Utama Garlic Complex Shaklee:

●Mengandungi Spearmint.

●Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.

●Antibiotik yang selamat dan semulajadi (sesuai untuk wanita hamil).

Garlic adalah antibiotic semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

●Mempertingkatkan sistem imun.

Melawan masalah berkaitan penyakit seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selesema, dan hepatitis.

●Mempertingkatkan sistem penghadaman.

Formula uniknya mampu mempertingkatkan sistem penghadaman berkaitan masalah seperti kembung perut, gastric, dan  ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori  dan menghalang ulser gastrik.

●Menstabilkan tekanan darah tinggi 

Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

●Detoksifikasi

Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah.Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

●Menurunkan Kolesterol

Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

●Mencegah Kanser

Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser iaitu Nitrosamine.

●Menstabilkan Glukosa

Menolong menstabilkan glukosa di dalam tubuh kita.

posted from Bloggeroid